Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
teguh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, tegap, kejap, kejat, rapat, kerap, ketat, terik, tumpat, tetal, utuh, padu, padat, pudat, begap,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan erat: rapat, karib, akrab, ikrab, mesra, intim, kuat, kukuh, lebat, tipak, singsat, santung, sentung,
Berantonim dengan renggang

3. Bersinonim dengan tetap hati: cekal, tabah, betah, ulet, sabar,
Berantonim dengan goyah

4. Bersinonim dengan kukuh: kuat, utuh, stabil,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : meneguhkan, keteguhan, peneguhan,

Peribahasa

Ditolak tak tumbang.

Bermaksud :

Pendirian yang teguh; orang yang banyak harta.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berbelah bahagi (bagi)tidak tetap atau teguh (pendirian, perasaan, dsb) pd sesuatu tumpuan, berbahagi, berpecah: rakyat Malaysia harus bersatu padu dan jangan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
belah bahagi; berbelah bahagi (bagi) tidak tetap atau teguh (pendirian, perasaan, dsb) pd sesuatu tumpuan, berbahagi, berpecah: rakyat Malaysia harus bersatu padu dan jangan ~; membelahbahagikan menyebabkan atau menjadikan berbelah bahagi: aku tidak pernah ~ kasihku padamu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tangguh II1. sukar ditewaskan, kuat: tentera­nya yg ~ serta berani; 2. teguh (pendirian), tabah dan tahan (menderita dll), kukuh: pe­mim­pin yg ~;ketangguhan kekuatan, kekukuhan, kete­guh­an, keuletan.Kamus Dewan Edisi Keempat
gigih1 tetap teguh pendirian atau fikiran; tidak berganjak pendirian: Allahyarham ialah pejuang yg ~ menentang Inggeris. 2 terus berusaha dgn giat serta menggunakan segala kebijaksanaan utk mencapai sesuatu tujuan: Utk menjayakan projek itu, mereka berusaha dgn ~ selama beberapa tahun. kegigihan kesungguhan atau keteguhan berpegang pd pendapat atau fikiran sendiri; sifat gigih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
goyah1 tidak kukuh letaknya (ttg gigi dll); mudah dicabut; goyang: Mana-mana gigi yg ~, baik dicabut. 2 ki tidak tetap atau tidak teguh pendirian: Mereka yg ~ keyakinannya mudah terpengaruh oleh janji yg muluk-muluk. menggoyahkan menyebabkan jadi goyah; menjadikan tidak tegap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kukuh I1. kuat dan tegap buatannya atau binaannya (bkn bangunan, empangan, dll), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dll): utk meruntuhkan kota yg besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan; cat ini merupakan satu lapisan pelindung yg ~ utk menahan besi itu drpd berkarat; 2. teguh (pendirian dll), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dll), cekal (hati): Baba masih ~ dgn pendiriannya tidak mahu bertolak ansur; 3. tidak mudah turun naik (bkn ekonomi, kewangan, harga dsb), kuat, teguh, stabil: ekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia; harga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pd beberapa tahun akan datang; berkukuh 1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir); mengukuh menjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~; mengukuhi 1. memegang (mempertahan­kan) sungguh-sungguh: ~ pendirian lamanya; 2. meneguhkan dgn: rangka gedung itu dibuat drpd simen yg dikukuhi dgn besi; mengukuhkan menjadikan kukuh (pertahan­an, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; memperkukuh menjadikan lebih kukuh; kekukuhan kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman; pengukuhan perihal mengukuhkan (mene­guhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); pengukuh sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat.Kamus Dewan Edisi Keempat
berpendirianmempunyai pendirian; berpegang teguh pd sesuatu pendirian: Saya ~ bahawa rajin dan usaha itu tangga kemajuan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berpendirianmempunyai pendirian; berpegang teguh pd sesuatu pendirian: Saya ~ bahawa rajin dan usaha itu tangga kemajuan.Kamus Pelajar
keras batang leherberpegang teguh pd pendirian atau pendapat sendiri (tidak mahu mengalah) tegar hati, mengotot;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengakar(menjadi) mendalam atau teguh (bkn pendirian, pegangan, dll): kecenderung­an ini semakin ~ dlm masyarakat.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas