lipur | 1 tidak ada lagi; lenyap; hapus: Lama-kelamaan nama pemuda itu kian ~ dr hatinya. 2 hilang rasa sedih dsb; terhibur: Betapa pun dipujuk dan dirayu, tidak juga ~ hatinya. hutan ~ hutan tempat berehat-rehat atau tempat bersiar-siar. melipur 1 menghapuskan (kesan, tanda dll); menghilangkan. 2 menghilangkan kesedihan atau kesusahan; menghibur hati yg sedih atau duka: Dia ~ hatinya dgn mendengar lagu-lagu rancak. ~ dendam mengikis perasaan dendam. terlipur sudah lipur hatinya; terhibur. pelipur sesuatu yg menghibur atau melipur; penghibur: ~ lara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
taman I | 1. kebun yg ditanami dgn pelbagai bunga-bungaan (utk bersenang-senang, berehat-rehat), kebun bunga; 2. ki tempat bersiar-siar (mengambil angin dll); 3. Jw tempat duduk pengantin perempuan (dihiasi bunga-bungaan); 4. kawasan perumahan yg terancang (lengkap dgn kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain): T~ Tun Dr Ismail; ~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dll, taska, tabika; ~ bacaan a) ruangan atau rumah tempat membaca buku; b) = ~ pustaka perpustakaan, kutub khanah; ~ bahagia a) tempat menikmati kebahagiaan; b) makam utk pahlawan (yg telah terkorban dlm peperangan); ~ berpusing (bertangkap, mayang) jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dgn salah suatu istiadat); ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi; ~ didikan kanak-kanak kelas atau sekolah kecil utk kanak-kanak yg berumur antara empat hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah), tadika; ~ hiburan tempat bersuka ria (dgn berjoget, bermain berbagai-bagai mainan, dll); ~ hutan (Hut) kawasan hutan yg diurus sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah; ~ larangan sl taman bunga khas utk puteri-puteri diraja sahaja; ~ negara kawasan hutan milik negara yg dijadikan sbg kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah; ~ sari kebun bunga (tempat bersenang-senang); air se~ air yg bercampur dgn berbagai-bagai bunga; pertamanan hal yg berkaitan dgn taman: minat kerajaan terhadap penghijauan, pengindahan dan ~ pd akhir-akhir ini sangat menggalakkan; urusan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siar II | ; bersiar, bersiar-siar berjalan-jalan utk mengambil angin atau utk berehat-rehat: Petang itu aku pergi ~ ke tepi pantai dgn anak dan isteriku. persiaran 1 perbuatan atau hal bersiar-siar: bas ~ bas utk bersiar-siar atau utk melancong. 2 tempat (kawasan, jalan dsb) bersiar atau bersiar-siar. pesiar; kapal (bot dsb) ~ kapal, bot dsb utk bersuka-suka (bertemasya) di laut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
siar II | ; bersiar, bersiar-siar berjalan-jalan (mengambil angin dll), bertemasya: malam itu, Maskam membawanya ~ ke taman bunga; persiaran 1. hal atau perbuatan bersiar-siar: bas ~; 2. tempat (kawasan, jalan dsb) bersiar atau bersiar-siar; persiar; kapal ~ kapal utk bertemasya (bersuka-suka) di laut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
siar II; bersiar, bersiar-siar | 2 tempat (kawasan, jalan dsb) bersiar atau bersiar-siar. | Kamus Pelajar |
persiaran | 1 perbuatan atau hal bersiar-siar: bas ~ bas utk bersiar-siar atau utk melancong. 2 tempat (kawasan, jalan dsb) bersiar atau bersiar-siar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
persiaran | 1. hal atau perbuatan bersiar-siar: bas ~; 2. tempat (kawasan, jalan dsb) bersiar atau bersiar-siar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persiaran | 2 tempat (kawasan, jalan dsb) bersiar atau bersiar-siar. | Kamus Pelajar |
esplanad | (ésplanad) kawasan lapang yg rata dan panjang, tempat orang bersiar-siar atau berjalan-jalan, biasanya di tepi laut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taman | 2 ki tempat orang bersenang-senang atau bersiar-siar. | Kamus Pelajar |