terkecuali | 1. terbebas (drpd kebiasaan, peraturan, dll), dikecualikan: ia ingin melihat ~nya sekolah-sekolah dan universiti drpd digunakan utk tujuan-tujuan politik; 2. kecuali, melainkan: ~ di beberapa tempat, lawatannya mendapat sambutan meriah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cauvinisme | 1. sikap setia pd negara yg keterlaluan: mereka bertanggungjawab atas kebangkitan berbagai-bagai bentuk ~ dan sosialisme; 2. rasa cinta yg keterlaluan kpd sesuatu (kumpulan, tujuan, tempat, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyelami | 1 menyelam di sesuatu tempat dgn tujuan tertentu: Dia ~ kolam itu utk mencari cincinnya yg terjatuh. 2 ki menduga perasaan atau isi hati seseorang; mencuba utk mengetahui apa-apa yg difikirkan oleh seseorang: Dia tidak dpt ~ isi hati sahabatnya itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyelami | 1 menyelam di sesuatu tempat dgn tujuan tertentu: Dia ~ kolam itu utk mencari cincinnya yg terjatuh. | Kamus Pelajar |
selam; menyelam | 1 menyelam di sesuatu tempat dgn tujuan tertentu: Dia ~ kolam itu utk mencari cincinnya yg terjatuh. | Kamus Pelajar |
jerayawara | persembahan, pameran, ceramah dsb yg diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yg berkunjung dr satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kpd orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb: persatuan itu melaksanakan program pendedahan dan pendidikan, termasuk beberapa siri ~ yg meliputi seminar dan pameran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumpuan | 1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll (ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan, sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagar-saudagar dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah melalui sesuatu kanta): tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekan | 1 tempat yg ramai serta banyak bangunannya utk berbagai-bagai tujuan; bandar. 2 tempat orang berjual beli; pasar: ~ sari (sehari) pekan yg diadakan hanya sehari dlm seminggu. 3 tempoh yg lamanya tujuh hari; minggu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghantar | 1. mengiringkan (membawa, mengawal, mengawani, menemani) seseorang ke sesuatu tempat tertentu dan meninggalkannya di situ: setiap hari ayah ~ kami ke sekolah dgn keretanya; 2. membawa atau menyebabkan bergerak dr satu tempat ke tempat lain, mengalirkan: pam jantung di sebelah kanan ~ darah masuk ke dlm paru-paru melalui salur nadi; 3. menyampaikan surat (kad jemputan, laporan, dsb) melalui alat perhubungan (spt pos, telegraf, dsb), mengirim: dia ~ surat kpd ayahnya setiap bulan; 4. membawa utk diberikan (disampaikan) kpd seseorang dsb: dia datang ke rumah ~ surat itu; 5. membawa ke sesuatu tempat (utk tujuan tertentu): ~ manusia ke bulan; ~ kereta ke bengkel utk dibaiki; 6. menyertakan sesuatu (utk dipertandingkan dsb): dlm pertandingan itu, Ramli ~ dua buah lukisannya; 7. membiayai pelajaran dsb, memasukkan (ke sekolah dsb yg tertentu): kerajaan telah ~ ramai pelajar bumiputera ke luar negeri; ~ anaknya ke sekolah aliran Melayu; 8. menyuruh (mengarahkan, meminta, memaksa, dsb) pergi ke sesuatu tempat (utk melaksanakan sesuatu tugas dsb): ~ bala tentera ke sempadan; ~ perwakilan ke sesuatu persidangan; 9. menendang (membaling, memukul) bola ke sesuatu tempat atau kpd seseorang pemain lain (dlm permainan bola sepak, hoki, badminton, dll): Hassan ~ bola ke pintu gol; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pura I | Mn 1. pundi-pundi yg diperbuat drpd kain (tempat wang), kantung kecil, dompet; 2. ark tempat memperjualbelikan saham, tempat saudagar-saudagar besar berjual beli, bursa; 3. ark wang yg disediakan atau dikumpulkan utk sesuatu tujuan, dana: sekali membuka (mengorak) ~ dua tiga hutang terbayar prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |