rujuk | Ar 1. kembali (kahwin) dgn isteri yg sudah diceraikan mengikut syarat-syarat tertentu; 2. ki kembali kpd kedudukan atau pendirian yg asal (sebelum drpd itu): ia tidak mengharapkan pemimpin-pemimpin itu datang menemuinya dan memujuk supaya ia ~ kembali; merujuk 1. = merujuki berkahwin kembali dgn isteri yg sudah diceraikan: hatinya bertanya kalau Mahani diceraikan apakah Rusilah akan mahu dirujukinya? 2. melihat utk meneliti, melihat lebih lanjut: calon-calon hendaklah ~ kpd risalah-risalah panduan; jika hendak mengetahui segala lapangan hisab, hendaklah dirujuk kpd karya Euler; merujukkan mengemukakan utk dikaji, memanjangkan (kpd): beliau menganjurkan supaya rang undang-undang itu dirujukkan kpd jawatankuasa pilihan; hakim besar ~ semula perkara itu kpd mahkamah rendah; rujukan keterangan lanjutan mengenai sesuatu perkara (buku dll), sumber utk dirujuk: buku itu menjadi ~ dlm lapangan ilmu ekonomi; buku ~ buku utk mendapat keterangan yg lebih lanjut; perujukan perihal atau perbuatan merujuk atau merujukkan; perujuk orang atau tempat yg dirujuk utk mendapatkan sesuatu maklumat (keterangan dsb) tentang sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |