ketara | nyata, terang kelihatan: kecurangannya tidak ~ kpd suaminya atau jiran-jirannya; keketaraan perihal (keadaan atau sifat) ketara: bahan itu mengandungi penyerap cahaya khas utk mengurangkan ~ liang roma dan garis halus pd muka; ®kentara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegas | 1. jelas serta terang (kelihatan dll), nyata: dgn suara ~ dan jelas ia berkata; 2. tidak ragu-ragu atau samar-samar, tentu, tepat: hukuman yg ~ mestilah segera dijalankan; 3. kata atau ujar (yg tidak ragu-ragu, tentu, tepat, dll): “Kerajaan akan melancarkan gerakan tentera utk menghalau komunis-komunis keluar dr Danang,” ~ beliau; 4. = ~nya maksudnya, ertinya, jelasnya: ~nya perkara itu belum lagi dapat diselesaikan;bertegas mengatakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh (beria-ia): raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang;menegas ark meminta penjelasan (keterangan); menegaskan 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar ‘nombor asas’ dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan (menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa;ketegasan 1. perihal tegas, kejelasan, ketetap-an: dia mengambil suatu ~; 2. apa yg ditegaskan, keterangan: ia terdiam mendengar ~ Wan Derus; pertegasan 1. pembatasan erti, definisi, takrif; 2. penentuan, pemastian; penegasan penjelasan (yg tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yg nyata): berilah ~ kpd aku sama ada engkau hendak pindah dr sini atau tidak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggarangkan | 1. menjadikan garang, memberanikan, mengganaskan, menggalakkan; 2. menjadikan (kelihatan) terang dan bercahaya, menjadikan (warna) sangat cerah: warna-warna tersebut saling bersatu hingga dapat melembutkan atau ~ warna-warna yg bersebelahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bintang barat (timur, johar, kejora, pagi, zorah, babi penganjur) | bintang yg kelihatan terang pd petang dan dinihari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memancar | 1. keluar memancut dgn deras (bkn air dsb); 2. mengeluarkan cahaya terang, bersinar terang: matahari belum kelihatan ~; sebuah lampu suluh kelihatan ~ cerah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lindung | ; berlindung 1 berada di sesuatu tempat supaya tidak kelihatan; berselindung; bersembunyi: Ia pergi ~ di balik sebatang pohon. 2 memohon pertolongan orang lain; bernaung: Semasa perang, banyak askar yg ~ diri di rumah-rumah peladang. 3 tidak terang-terang; tidak ketara; berselindung: Mereka cuma menentang secara ~. melindungi 1 menjadi tutup (sekat dsb) pd sesuatu supaya tidak kelihatan atau tidak terkena sesuatu: Sekaki payung sutera ~ tubuhnya drpd panas matahari. 2 memberikan naungan atau pertolongan kpd: Moga-moga Allah akan ~ kita drpd bencana lapar. 3 ki menutup sesuatu supaya tidak diketahui orang lain (ttg perasaan dll): Perangainya yg lemah lembut itu hanya utk ~ kejahatannya saja. melindungkan meletakkan sesuatu supaya tidak kelihatan; menyorokkan: ~ mukanya dgn topi. terlindung 1 tertutup oleh sesuatu hingga tidak kelihatan atau tidak terkena sesuatu; tersembunyi; tersorok. 2 tidak terkena apa-apa bahaya atau bencana; terselamat: Dia telah ~ drpd bencana itu dgn kehendak Allah jua. lindungan apa-apa yg terlindung oleh; yg dilindungi: Manusia ~ Tuhan. kelindungan kena lindung (hingga tidak kelihatan, tidak kena panas dsb). perlindungan 1 perbuatan atau hal berlindung. 2 bantuan; pertolongan: Orang-orang kaya patut memberikan ~ kpd orang-orang susah. 3 tempat bersembunyi atau tempat berlindung: Apabila semboyan berbunyi, kami berlari mencari lubang ~. pelindungan 1 perbuatan (hal dsb) melindungi atau melindungkan. 2 tempat yg terlindung; tandas. pelindung 1 orang yg memberikan pertolongan atau perlindungan; penaung. 2 alat atau benda (spt atap) yg melindungi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlindung | 1 berada di sesuatu tempat supaya tidak kelihatan; berselindung; bersembunyi: Ia pergi ~ di balik sebatang pohon. 2 memohon pertolongan orang lain; bernaung: Semasa perang, banyak askar yg ~ diri di rumah-rumah peladang. 3 tidak terang-terang; tidak ketara; berselindung: Mereka cuma menentang secara ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terang | 1 cahaya atau sinar yg menyebabkan sesuatu dpt dilihat: Tidak sama ~ lampu 100 watt dgn ~ matahari. 2 tidak gelap; tidak suram atau tidak muram; cerah: Pd waktu malam pun, jalan raya di ibu kota ~ spt pd siang hari. 3 siang: Setelah hari ~, mereka pun meneruskan perjalanan mereka. 4 bersih kerana sudah ditebas atau ditebang: Kawasan rumahnya ~, kerana semak samun di sekelilingnya sudah ditebas. 5 dpt didengar atau dpt dilihat dgn nyata; jelas (ttg bunyi tembakan, suara orang bercakap dll): Kedengaran bunyi tembakan meriam dr rumah kami, kadang-kadang bunyi itu ~. 6 tidak meragukan lagi; sudah jelas atau sudah nyata (kesalahannya dll): Kesalahannya sudah ~, tidak meragukan lagi. ~ benderang terang sekali. ~ bulan a. cahaya dr bulan. b. tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan. ~ fikiran (hati) mudah memahami sesuatu yg diajarkan. ~ tanah waktu pagi ketika tanah mula kelihatan (± pukul 6.30 pagi). terang-terang tidak berselindung; nyata atau jelas (ttg perbuatan); ketara: Dgn ~, dia telah menipu kawannya itu. berterang-terang melakukan sesuatu secara terang-terang. menerangi menyinari hingga jadi terang; memberi terang: Sebuah lampu minyak ~ biliknya. menerangkan 1 membuat atau menjadikan sesuatu terang: Ubat ini baik utk ~ mata yg kabur. 2 membersihkan kawasan drpd semak samun dll: Mereka ~ kawasan hutan itu utk dijadikan kawasan pertanian. 3 menceritakan supaya terang atau supaya jelas; menghuraikan; menjelaskan: Dia telah ~ bagaimana kemalangan itu berlaku. 4 memberitahukan sesuatu perkara; memaklumkan: Perdana Menteri telah ~ tujuan Dasar Ekonomi Baru kpd para pelawat asing itu. 5 menunjukkan dgn bukti; membuktikan: Tidak ada bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah. keterangan 1 huraian utk menerangkan atau utk menjelaskan sesuatu perkara; penjelasan: Mendengar ~ itu, dia pun terdiam. 2 apa-apa yg menerangkan atau yg menjelaskan sesuatu; alasan: ~ yg diberikan oleh saksi itu tidak lengkap utk membuktikan bahawa yg dituduh betul-betul bersalah. penerangan hal atau perbuatan menerangkan sesuatu. penerang sesuatu yg menerangi atau yg menerangkan: ~ hati jampi dll yg dpt menerangkan hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aurora | fenomena berupa cahaya terang yg kelihatan di langit pd malam hari, berbentuk jalur atau tirai yg biasanya berwarna merah, hijau atau ungu; ~ australis aurora yg kelihatan pd waktu malam di sekitar Kutub Selatan; ~ borealis aurora yg kelihatan pd waktu malam di sekitar Kutub Utara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tedeng | (tédéng) Jw benda yg digunakan sbg pendinding (supaya tidak kelihatan dll), tabir, tebeng; ~ aling-aling ki apa yg digunakan utk menyembunyikan rahsia (perbuatan buruk dll); dgn ~ aling-aling tidak dgn terus terang, dgn diam-diam (berselindung); main ~ aling-aling(an) melakukan sesuatu dgn sembunyi-sembunyi; bertedengan tidak dgn terang-terang, berse-lindung, bersembunyi-sembunyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |