kain rahap | = tudung ~ kain (tudung) utk menutup mayat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rahap I | ; kain ~ = tudung ~ kain (tudung) utk menutup mayat; merahap 1. menutup mayat dgn kain (rahap): ia ~ mayat ibunya; 2. menutup (badan dgn kain): ia dapat ditenteramkan, diletakkan di tempat tidur, dan dirahap dgn kain batik lepas; merahapkan menggunakan kain utk menutup; perahap kain rahap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gadang-gadang | sj ikan laut, tudung tempayan, tudung periuk, Platax spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tudung | bertudung memakai tudung; bertutup dgn tudung. | Kamus Pelajar |
sungkup | = penyungkup sesuatu (barang yg berongga di dalamnya spt tudung saji dll) yg digunakan utk menutup, tudung; bersungkup ditutup dgn sungkup, bertudung: nasi yg telah lama dihidangkan di meja makan masih ~ dgn tudung saji; menyungkup, menyungkupi menutup dgn sungkup, menudung, menutup: ~ makanan dgn tudung saji; menyungkupkan menutupkan sesuatu pd, menudungkan; tersungkup tertutup dgn sungkup dll, tertudung; sungkupan sj bakul utk menyungkup pakaian (yg dikeringkan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tudung | menudungi menjadi sbg tudung pd; menutupi: <i>Tudung saji yg ~ hidangan itu dibuat drpd mengkuangi>. | Kamus Pelajar |
tutup | 1 tidak dibuka; lw buka: Kedai itu ~ pd hari Jumaat. 2 = penutup benda yg digunakan utk menudung (melindungi dll) sesuatu. ~ botol sumbat botol; tudung botol. ~ kepala tudung kepala (songkok, kain tudung dll). ~ mulut a. tidak berkata-kata; membisu. b. wang suap supaya rahsia tidak dibocorkan. ~ pintu daun pintu. bertutup ada tutupnya; memakai tutup atau tudung. menutup 1 merapatkan tutupnya (ttg pintu, tingkap dll); mengatup: Ia ~ pintu biliknya. 2 memberi bertutup atau bertudung; menudung. 3 menyimpan sbg rahsia; menyembunyikan: Ia pandai ~ keburukan keluarganya. 4 menyebabkan tidak dpt dilalui (ttg jalan, sungai dll); menghalang: Polis telah ~ jalan itu utk mengelakkan kesesakan lalu lintas. 5 memadamkan atau mematikan nyala lampu dll; lw memasang: Ia ~ lampu biliknya lalu tidur. 6 mengakhiri atau menyudahi sesuatu pembicaraan, cerita dll. menutupi menjadi sbg tutup pd; menudungi: Tudung saji yg ~ hidangan itu halus anyamannya. menutupkan 1 menggunakan sesuatu utk menutup: Ia ~ tuala pd kepala anaknya. 2 menutup utk orang lain; mengatupkan: Ani ~ ibunya pintu. tertutup 1 sudah ditutup; terkunci: Tingkapnya ~ saja kerana hari hujan. 2 ki tidak bebas; terhad: Pintu rezeki mereka belum ~ lagi. 3 ki bukan utk umum: sidang ~ sidang mesyuarat utk anggota-anggota saja. tutupan 1 alat utk menutup; penutup. 2 ki sesuatu yg tertutup (spt tempat mengurung): rumah ~ penjara; orang ~ orang yg dihukum penjara. penutupan perbuatan (hal dsb) menutup, menutupi atau menutupkan. penutup 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll: Sbg ~, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd hadirin yg sudi datang ke majlis ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerudung | 1. tudung (kepala, muka), cadar (penutup kepala, muka), kain tudung kepala (muka): sambil membetul-betulkan belitan ~nya, ibu meredakan ketegangan; 2. tudung lampu, terendak (lampu); mengerudungi menutup (kepala, muka) dgn kerudung, menudungi (kepala, lampu), membubuh terendak pd (lampu): ~ kepala; ~ lampu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tudung | sesuatu yg digunakan utk menutup: ~ kepalanya berwarna merah. kain ~ kain penutup kepala atau kain penutup muka orang perempuan; selendang. ~ belanga penutup belanga. ~ kepala a. penutup kepala (songkok, topi dll). b. = ~ muka kain selubung utk menutup kepala atau muka. ~ lampu penutup lampu; terendak lampu. ~ saji penutup makanan yg dibuat drpd mengkuang dll. bertudung memakai tudung; bertutup dgn tudung. menudung menutup dgn tudung; memberi bertutup. menudungi menjadi sbg tudung pd; menutupi: Tudung saji yg ~ hidangan itu dibuat drpd mengkuang. menudungkan menggunakan sesuatu utk menudung atau sbg tudung: Ia ~ piring pd mangkuk itu. penudungan perbuatan (hal dsb) menudung atau menudungkan. penudung sesuatu yg digunakan utk menudung; penutup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertudung | memakai tudung, bertutup dgn tudung: gadis-gadis itu ~ lingkup dgn kain berwarna pinang masak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |