Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tudung (kata nama)
1. Bersinonim dengan tutup: penutup, sungkup, penyungkup, sahap,

2. Bersinonim dengan selendang: kerubung, purdah, mini telekung, kelumbung, selubung, selayah, layah, burka, berguk, merguk, cedak, undung-undung, tukup, tutup kepala, skarf,

Kata Terbitan : bertudung, menudung, menudungi, tertudung,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tutup1 tidak dibuka; lw buka: Kedai itu ~ pd hari Jumaat. 2 = penutup benda yg digunakan utk menudung (melindungi dll) sesuatu. ~ botol sum­bat botol; tudung botol. ~ kepala tudung kepala (songkok, kain tudung dll). ~ mulut a. tidak berkata-kata; membisu. b. wang suap supaya rahsia tidak dibocorkan. ~ pintu daun pintu. bertutup ada tutup­nya; memakai tutup atau tudung. menutup 1 me­rapatkan tutupnya (ttg pintu, tingkap dll); mengatup: Ia ~ pintu biliknya. 2 memberi bertutup atau ber­tudung; menudung. 3 menyimpan sbg rahsia; menyembunyikan: Ia pandai ~ keburukan keluarganya. 4 menyebabkan tidak dpt dilalui (ttg jalan, sungai dll); menghalang: Polis telah ~ jalan itu utk mengelakkan kesesakan lalu lintas. 5 memadamkan atau mematikan nyala lampu dll; lw memasang: Ia ~ lampu biliknya lalu tidur. 6 mengakhiri atau menyudahi sesuatu pembicaraan, cerita dll. menutupi menjadi sbg tutup pd; menudungi: Tudung saji yg ~ hidangan itu halus anyamannya. menutupkan 1 menggunakan sesuatu utk menutup: Ia ~ tuala pd kepala anaknya. 2 menutup utk orang lain; mengatupkan: Ani ~ ibunya pintu. tertutup 1 sudah ditutup; terkunci: Tingkapnya ~ saja kerana hari hujan. 2 ki tidak bebas; terhad: Pintu rezeki mereka belum ~ lagi. 3 ki bukan utk umum: sidang ~ sidang mesyuarat utk anggota-anggota saja. tutupan 1 alat utk menutup; penutup. 2 ki sesuatu yg tertutup (spt tempat mengurung): rumah ~ penjara; orang ~ orang yg dihukum penjara. penutupan per­buatan (hal dsb) menutup, menutupi atau menutupkan. penutup 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll: Sbg ~, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd hadirin yg sudi datang ke majlis ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kerudung1. tudung (kepala, muka), cadar (penutup kepala, muka), kain tudung kepala (muka): sambil membetul-betulkan belitan ~nya, ibu meredakan ketegangan; 2. tudung lampu, terendak (lampu); mengerudungi menutup (kepala, muka) dgn kerudung, menudungi (kepala, lampu), membubuh terendak pd (lampu): ~ kepala; ~ lampu.Kamus Dewan Edisi Keempat
salidakcorak anyaman kaum Iranum di Sabah yg menggunakan motif siku keluang, lazim-nya terdapat pd anyaman tudung saji.Kamus Dewan Edisi Keempat
hijabAr 1. kain penutup, mis tabir atau tirai; 2. tudung labuh penutup bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita: masyarakat Islam ketika itu belum lagi memakai ~; 3. ki sekatan yg memisahkan seseorang (sesuatu) drpd yg lain, penyekat, dinding: solat adalah masa Allah mengang­kat ~ di antara-Nya dgn hamba-Nya; berhijab memakai hijab: wanita yg ~ ber­pegang teguh pd etika agamanya; beliau juga menemui wanita-wanita yg ~ di rumah mereka; terhijab 1. tertutup: semua aurat sudah tidak ~ lagi; 2. ki tersekat, terhalang: ada di antara manusia yg ~ utk mendapat pimpinan dan petunjuk drpd Allah.Kamus Dewan Edisi Keempat
undung-undungMn kain tutup kepala (supaya jangan kena panas atau hujan), tudung: dgn segera dia naik tangga dan baharu tiba di atas rumah, dia pun mengeluh kepanasan serta mencampakkan ~nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
undung; undung-undung Mn kain tutup kepala (supaya jangan kena panas atau hujan), tudung: dgn segera dia naik tangga dan baharu tiba di atas rumah, dia pun mengeluh kepanasan serta mencampakkan ~nya; berundung-undung memakai (mengguna-kan) undung-undung: itu ada orang berjalan di permatang, menyandang kain sembahyang dan ~ kain putih; memperundungkan menutup (menyelubung) kepala dgn undung-undung.Kamus Dewan Edisi Keempat
duduk1 meletakkan badan bertumpu pd punggung (bersila, bersimpuh dll): Dia ~ di atas permaidani merah. 2 tinggal; diam: Dia ~ di Melaka lebih kurang lima tahun. 3 letak; tempat: Tudung botol itu tidak betul ~nya, nanti tumpah pula isinya. 4 berada (di sesuatu tempat): Pd hari itu, dia cuma ~ di rumah. 5 berkahwin; bernikah. ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn menjuntaikan kaki. ~ bersila duduk dgn melipatkan kaki dan menyilangkannya. ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang. duduk-duduk (duduk) berehat-rehat sambil mengambil angin: Mereka suka ~ di serambi itu selepas makan. menduduki 1 duduk di: Dia masuk dan terus ~ tempat yg disediakan. 2 bertempat tinggal di; mendiami; menghuni: Tidak seorang pun yg mahu ~ rumah yg dikatakan berhantu itu. 3 memasuki atau mengambil sesuatu peperiksaan atau ujian: Razak baru saja ~ peperiksaan undang-undang. 4 mendapat; menempati: Dia ~ tempat kedua dlm pertandingan itu. 5 menyerang, mengalahkan dan menguasai sesebuah negara; menakluk: Tentera Jepun ~ Tanah Melayu dr tahun 1941 hingga tahun 1945. mendudukkan 1 menempatkan; meletakkan: Dia ~ budak itu di atas tilam. 2 mempersilakan (menyuruh) duduk: Sultan telah ~ puteranya yg bongsu di sisinya. 3 menjadikan bersuami atau beristeri; mengahwinkan; menikahkan: Telah Tun Fatimah besar, maka hendak didudukkan oleh Bendahara Seri Maharaja dgn Tun Ali. terduduk terjatuh duduk; duduk dgn tiba-tiba: Dia tergelincir terus ~ di atas simen yg kotor itu. dudukan tempat letak sesuatu alat dll: ~ spring. kedudukan 1 tempat tinggal; tempat yg didiami: ~ pengganas-pengganas itu masih belum diketahui lagi. 2 tempat letaknya: ~ negeri Sabah dan Sarawak ialah di bahagian utara Pulau Kalimantan. 3 keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal): Bagaimana ~ masalah itu sekarang? 4 tingkatan taraf (darjah, martabat dll): ~ seseorang menteri dlm masyarakat adalah tinggi. 5 cara (keadaan) sesuatu benda dll diletakkan; cara (keadaan) seseorang duduk, berdiri dll: Bagaimana ~ mereka semasa kamu melawati rumah mereka? sekedudukan sama kedudukannya (bkn taraf, tempat letaknya, tempat tinggal, cara, keadaan dll). bersekedudukan 1 mempunyai kedudukan (taraf, keadaan dll) yg sama. 2 tinggal bersama spt suami isteri tanpa nikah: ditangkap kerana ~. pendudukan perbuatan menakluk sesebuah negara; penaklukan: Dlm masa 12 tahun selepas ~ Jepun, kebanyakan negara di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan. penduduk orang yg menduduki sesuatu tempat (negeri dll). kependudukan segala hal mengenai penduduk sesuatu tempat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dayung1. sj alat yg berdaun pd hujung batang­nya utk menggerakkan perahu (sampan dsb), pengayuh; anak ~ orang yg mengayuh (perahu); batang ~ tangkai dayung (bahagian dayung selain daunnya); daun ~ bahagian (papan) yg pipih pd hujung dayung; 2. ridip pd dada ikan; 3. Id pengayuh pd basikal (utk menggerakkannya); ~ batang dayung yg panjang batangnya; ~ burit dayung di bahagian belakang (perahu, sampan, dsb); ~ gebeng dayung yg daunnya sudah dipakukan pd hujung batangnya; ~ haluan dayung di bahagian hadapan (perahu, sampan, dsb); ~ kebas (kibas) dayung yg panjang dan lebar daunnya; ~-mayung ber­bagai-bagai jenis dayung; ~ merpati sekawan dayung yg daunnya berwarna putih; ~ peminggang dayung yg di bahagian per­tengahan perahu (sampan dsb); ~ tudung belanga dayung yg bulat daunnya; sekali merengkuh ~, dua tiga pulau terlampau prb sekali membuat pekerjaan dua tiga maksud tercapai; berdayung 1. berperahu (berkapal, ber­sampan, dll) dgn menggunakan dayung, meng­gerakkan perahu dsb dgn menggunakan dayung, berkayuh: sesudah beberapa lama mati angin, kapal layar itu tidak bergerak dr tempatnya, sehingga anak buahnya terpaksa ~; 2. Id berkayuh basikal; mendayung 1. menggerakkan (perahu dsb) dgn menggunakan dayung, mengayuh (dgn dayung): sukan-sukan yg diadakan ialah lumba lari, ~ sampan, menembak, berenang, dll; 2. Id mengayuh basikal; mendayungkan 1. menggerakkan (perahu, sampan, dll) dgn dayung, mengayuhkan; 2. Id mengayuhkan basikal; pendayung 1. orang yg mendayung, anak dayung; 2. alat utk mendayung, pengayuh, dayung.Kamus Dewan Edisi Keempat
duduk1. meletakkan badan bertumpu pd punggung (spt bersila, bersimpuh dll): Dia ~ di atas permaidani merah. 2. tinggal; diam: Dia ~ di Melaka lebih kurang lima tahun. 3. letak; tempat: Tudung botol itu tidak betul ~nya, nanti tumpah pula isinya. 4. berada (di sesuatu tempat): Pd hari itu, dia cuma ~ di rumah. 5. berkahwin; bernikah. ~ berjuntai duduk di tempat yg tinggi dgn menjuntaikan kaki. ~ bersila duduk dgn melipatkan kaki dan menyilangkannya. ~ bersimpuh (bertimpuh) duduk dgn melipatkan kedua-dua belah kaki ke belakang. duduk-duduk (duduk) berehat-rehat sambil mengambil angin: Mereka suka ~ di serambi itu selepas makan. menduduki 1. duduk di: Dia masuk dan terus ~ tempat yg disediakan. 2. bertempat tinggal di; mendiami; menghuni: Tidak seorang pun yg mahu ~ rumah yg dikatakan berhantu itu. 3. memasuki atau mengambil sesuatu peperiksaan atau ujian:Razak baru saja ~ peperiksaan undang-undang. 4. mendapat; menempati: Dia ~ tempat kedua dlm pertandingan itu. 5. menyerang, mengalahkan dan menguasai sesebuah negara; menaklukkan: Tentera Jepun ~ Tanah Melayu dr tahun 1941 hingga tahun 1945. mendudukkan 1. menempatkan; meletakkan: Dia ~ budak itu di atas tilam. 2. mempersilakan (menyuruh) duduk: Sultan telah ~ puteranya yg bongsu di sisinya. 3. menjadikan bersuami atau beristeri; mengahwinkan; menikahkan:Telah Tun Fatimah besar, maka hendak didudukkan oleh Bendahara Seri Maharaja dgn Tun Ali. terduduk terjatuh duduk; duduk dgn tiba-tiba: Dia tergelincir terus ~ di atas simen yg kotor itu. dudukan tempat letak sesuatu alat dll: ~ spring. kedudukan 1. tempat tinggal; tempat yg didiami: ~ pengganas-pengganas itu masih belum diketahui lagi. 2. tempat letaknya: ~ negeri Sabah dan Sarawak ialah dibahagian utara Pulau Kalimantan. 3. keadaan atau selok-belok sesuatu perkara (hal):Bagaimana ~ masalah itu sekarang? 4. tingkatan taraf (darjah, martabat dll): ~ seseorang menteri dlm masyarakat adalah tinggi. 5. cara (keadaan) sesuatu benda dll diletakkan; cara (keadaan) seseorang duduk, berdiri dll: Bagaimana ~ mereka semasa kamu melawati rumah mereka? sekedudukan sama kedudukannya (bkn taraf, tempat letaknya, tempat tinggal, cara, keadaan dll). bersekedudukan 1. mempunyai kedudukan (taraf, keadaan dll) yg sama. 2. tinggal bersama spt suami isteri tanpa nikah: Mereka ditangkap kerana ~ dan akan dihadapkan ke mahkamah syariah. pendudukan perbuatan menaklukkan sesebuah negara; penaklukan: Dlm masa 12 tahun selepas ~ Jepun, kebanyakan negara di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan. penduduk orang yg menduduki sesuatu tempat (daerah, negeri dll): Sekarang ~ - ~ kampung sudah mula maju. kependudukan segala hal mengenai penduduk sesuatu tempat.Kamus Pelajar
tangkupsetangkup 1. = ~ tangan sebanyak yg dapat diambil dgn kedua-dua belah tangan yg ditangkupkan, seraup; 2. sama ukurannya (besarnya, bentuknya, dll) kedua-dua belah­nya, simetri; 3. seimbang, selaras: memetik kata-kata Noam Chomsky, “supaya ~ per­kem­­bangan bahasa dgn kemajuan ilmu”;bertangkup 1. kedua-dua belah boleh tutup-menutup (bibir, kulit lokan, dll), bertelangkup; 2. bertelangkup, bertelungkup: atapnya ~ bagaikan sebuah tudung saji menutup juadah; 3. menjadi rapat bercantum: kita sedang berusaha sekarang ini supaya retak ~ balik; menangkup 1. tutup-menutup atau bertaup dgn rapat (bkn dua benda dll), mengatup: mulutnya ~; 2. menelungkup, meniarap, tengkurap: maka ~lah dia mencium tanah kubur itu berulang-ulang; 3. menutupi (dgn sesuatu yg jeluk dll), menyungkup, menudungi: dgn kedua-dua belah tangan ia ~ mukanya; menangkupkan meletakkan menangkup, menelungkupkan, meniarapkan: cangkir itu ditangkupkannya di atas meja; dia pun me­niarap ~ mukanya ke bantal; menangkup-telentangkan 1. meletakkan menangkup dan menelentang bergilir-gilir, membolak-balikkan; 2. ki menimbangkan dgn hati-hati; tertangkup sudah ditangkup, telungkup, ter­tiarap: sebuah buku berkulit tebal ~ di atas mukanya; ~ sama termakan tanah, ter­lentang sama terminum air prb orang yg mahu sehidup semati (mahu sama menanggung susah dan sengsara).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas