usang-usang dibaharui | ki membaharui adat lama yg sudah lemah dgn menyesuaikannya dgn keadaan baru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapuk I | 1. bercendawan kerana buruk atau terlalu lama (kayu dll), reput: koyak penjuru kain itu bukan kerana telah lama atau ~, tetapi kerana tersangkut; 2. ki terlalu lama atau tua, tidak berguna lagi, usang; tidak ~ dek hujan, tidak lekang dek panas kekal dan tidak dipinda-pinda (adat dll); ~ oleh kain sehelai prb sejak mulanya beristeri atau bersuami hanya seorang sahaja; ~-~ diganti, usang-usang dibarui = usang dibarui, ~ dikajangi prb adat atau kebiasaan lama yg jarang dipakai dihidupkan kembali; berlapuk bercendawan (kerana buruk, terdedah, tua, dll), tumbuh cendawan: barang yg lekas ~ hendaklah dijemur selalu; melapukkan menyebabkan jadi lapuk, mereputkan; kelapukan perihal lapuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usang | 1 kering dan tidak berisi (bkn padi dll). 2 kering dan tidak terurus (bkn rambut); kersang. 3 lama terpakai atau lama tersimpan (bkn sesuatu barang): Ia berbaring di atas sehelai tikar yg sudah ~. 4 tidak dipakai atau tidak digunakan lagi (bkn adat, perkataan dll); kuno: adat yg ~. 5 tidak subur lagi (bkn tanah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
usang | 5 tidak subur lagi (bkn tanah). | Kamus Pelajar |
usang | 4 tidak dipakai atau tidak digunakan lagi (bkn adat, perkataan dll); kuno: adat yg ~. | Kamus Pelajar |
usang | 3 lama terpakai atau lama tersimpan (bkn sesuatu barang): Ia berbaring di atas sehelai tikar yg sudah ~. | Kamus Pelajar |
usang | 2 kering dan tidak terurus (bkn rambut); kersang. | Kamus Pelajar |
usang | 1 kering dan tidak berisi (bkn padi dll). | Kamus Pelajar |
hapak | berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (bkn sesuatu) atau sudah lama tersimpan (bkn bahan makanan): bantal usang yg ~; biskut yg sudah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lusuh | 1 sudah luntur warnanya atau sudah usang (bkn pakaian): Baju sekolahnya sudah ~. 2 berkerumuk atau kumal (bkn pakaian). melusuhkan menjadikan lusuh atau usang; mengumalkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |