Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ia2 (kata nama)
Bersinonim dengan ya, betul, benar, sah;,
Kata Terbitan : seia sekata, beria-ia, mengiakan, pengiaan, ialah, iaitu,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
adalah1. (digunakan pd permulaan cerita) ada: ~ seorang pemuda yg miskin. 2. (digunakan utk menghubungkan subjek atau benda dgn predikat atau ceritanya) ialah: Kemalangan itu ~ yg paling ngeri yg pernah kulihat.Kamus Pelajar
faktor1. unsur atau sebab yg menyumbang kpd sesuatu hasil: kekuasaan ekonomi British di negeri ini ialah ~ terbesar yg menyebabkan bahasa Inggeris mempunyai kedudukan yg kukuh; 2. (Mat) nombor yg menjadi pembahagi kpd sesuatu nombor lain dgn tepat atau tanpa baki, mis 2 dan 3 adalah faktor bagi 6, atau 3 dan 5 adalah faktor bagi 15;~ pengeluaran (Eko) faktor fizikal yg digunakan utk mengeluarkan barang dan perkhidmatan, iaitu tanah, buruh, modal dan pengusaha; ~ pertengahan pengeluaran faktor yg menghasilkan barang-barang (selain tanah dan buruh); ~ utama pengeluaran dua faktor (tanah dan buruh) yg menghasilkan barang-barang; pemfaktoran 1. (Eko) kaedah mengambil alih risiko hutang yg belum dibayar dgn mengenakan bayaran perkhidmatan tertentu (biasanya oleh institusi kewangan); 2. (Mat) perbuatan mencari faktor kpd sesuatu nombor.Kamus Dewan Edisi Keempat
utilitarianismeteori politik dan moral yg menyatakan bahawa matlamat semua per-aturan hidup yg baik ialah utk mencapai ke-bahagian hidup yg paling tinggi bagi seberapa ramai orang yg mungkin, dan tindakan yg dianggap benar atau salah adalah atas dasar sama ada tindakan itu membantu atau meng-halang pencapaian matlamat ini, faham utili-tarian.Kamus Dewan Edisi Keempat
royalti1. perkongsian keuntungan spt dlm pengusahaan lombong, telaga minyak, atau ciptaan jentera, yg dibayar kpd syarikat pengusaha kpd pemilik tanah (kerajaan) atau pencipta jentera: semua logam ialah harta haus dan adalah menjadi kebiasaan kpd kerajaan mengenakan ~ terhadap peng­usahaannya; 2. bayaran tertentu yg dibuat oleh penerbit kpd pengarang, penyanyi, dsb atas setiap naskhah karya mereka, spt buku dan piring hitam, yg terjual: saya bayar karangan-karangan beliau dgn harga yg mahal atau saya membayar ~ yg lebih tinggi.Kamus Dewan Edisi Keempat
selari1. sama hala atau arah (garisan, banjaran, dll), sejajar: garisan lintang itu ialah bulatan-bulatan yg ~ dgn khatulistiwa; garisan ~ garisan sejajar (tidak akan bertemu walaupun dipanjangkan); 2. = selarian se­imbang dgn, sesuai dgn: terdirinya sekolah menengah itu adalah ~ dgn cita-cita kerajaan hendak menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar di sekolah; sengaja kupakai berjalan bersama-sama dgn engkau ini supaya selarian dan sesuai dgn darjatmu; 3. tidak putus-putus, terus-menerus: ulasan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
iktikadAr kepercayaan atau keyakinan di dlm hati yg berkaitan dgn rukun iman: ada orang kita yg telah mulai terpesong ~nya; agama Islam terdiri drpd bahagian batin dan bahagian zahir, bahagian batin itu adalah mengenai iman atau ~; dgn ~ baik dgn maksud yg baik; beriktikad menaruh penuh keyakinan atau kepercayaan di dlm hati, percaya benar-benar, yakin: kita mestilah ~ bahawa Allah itu ada; mengiktikadkan meyakini, percaya akan, mempercayai: asal mula erti kata al-jihad ialah mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan yg diiktikadkan oleh manusia bahawa jalan itulah yg hak dan benar.Kamus Dewan Edisi Keempat
keharusan1 keadaan atau sifat harus: ~ berkhatan lewat (dlm syariat Nabi Noh) telah dibatalkan dan diharamkan (dlm syariat Nabi Musa). 2 keadaan mungkin; kemungkinan: ~ berlakunya rusuhan di negara itu adalah besar. 3 sesuatu yg harus atau patut dibuat (dilakukan): Menjaga ketertiban tingkah laku ialah satu ~ bagi kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mandatorimesti atau wajib dilaksanakan (dikuatkuasakan dsb): dia dituduh mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, (semakan 1983) yg membawa hukuman mati ~ jika sabit kesalahan; memandatorikan menjadikan mandatori: resolusi ketiga pula ialah ~ PSKP melalui peraturan perundangan; pemandatorian perihal (proses atau tin­dakan) memandatorikan: ~ itu adalah sejajar dgn salah satu kenyataan dlm laporan Jawatankuasa Kabinet.Kamus Dewan Edisi Keempat
ganda1 jumlah atau banyaknya sbg tambahan yg sama besar dgn jumlah yg mula-mula: ~ dua hasil drpd mendarabkan sesuatu angka dgn angka itu sendiri; ~ dua angka 7 ialah 49. dua (tiga, empat) kali ~ dua (tiga, empat) kali sebanyak yg mula-mula. 2 yg diulang sebutannya: kata ~ kata yg diulang sebutannya (spt kupu-kupu, cepat-cepat). berganda bertambah sekali drpd jumlah yg mula-mula. berganda-ganda menjadi banyak berkali-kali drpd jumlah yg mula-mula. Pd bulan lalu syarikat itu telah mendapat keuntungan yg ~. menggandakan menjadikan banyak satu kali drpd jumlah yg mula-mula; menjadikan berganda: Sekarang kita perlu bekerja keras supaya kita dpt ~ hasil tanaman kita. mempergandakan menggandakan sesuatu yg telah digandakan; menjadikan berganda-ganda: Mereka dpt ~ hasil tanaman dgn menggunakan jentera itu. gandaan hasil menggandakan sesuatu nombor: Empat ialah ~ dua. pergandaan 1 hal berganda atau berganda-ganda: ~ hasil tanaman itu adalah berkat usaha gigih para petani. 2 hasil drpd mempergandakan. penggandaan perbuatan atau hal menggandakan: ~ barang-barang keperluan itu adalah utk memenuhi permintaan pengguna. pengganda angka utk menggandakan sesuatu angka lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perundangan1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: meng-gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yg menyeluruh; Islam ialah agama ~; 2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang di-Pertuan Agong sbg lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap sedemikian adalah bertentangan dgn ~ Islam;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas