Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rajin
1. Bersinonim dengan tekun
( bersungguh-sungguh, tekun, getol, beria-ria, gigih, giat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan malas

2. Bersinonim dengan selalu
( sentiasa, kerap, kerap kali, acap kali, sering, sering kali, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : merajinkan, kerajinan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
turut1. pergi bersama: saya ~ ke mana dia pergi; 2. bersama-sama melakukan (ditimpa dll) sesuatu, tidak terkecuali drpd (sesuatu kejadian, perbuatan, dll), ikut serta: Ahmad yg ~ terbunuh oleh serangan hendap itu baru semalam ditemui mayatnya; ~ serta bersama-sama mengikuti (melibatkan diri dalam, melakukan, dll) sesuatu; 3. patuh kpd (undang-undang, janji, dll), taat kpd: sekiranya kamu ~ akan nasihat ini berbahagialah kamu; ~ campur mencampuri urusan atau hal orang lain; ~ serta ikut serta (melakukan sesuatu dll); pak ~ orang yg sentiasa mengikut (meniru dll) orang lain; seturut 1. sepanjang (yg dihebahkan, dicerita-kan, dll); 2. tidak bersalahan dgn, sesuai dgn (adat dll), selaras dgn; 3. langsung selepas, sebaik sahaja: Bujal menggeleng kepala ~ dgn keluhannya; berturut bersusun mengikut peraturan, berikutan dgn teratur (tidak ada antara): cari dua angka ganjil yg ~ dgn syarat selisih di antara ganda dua satu angka dgn yg lain itu 48; berturut-turut, berturutan 1. tidak ber-antara antara satu dgn lain, lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersam-bung-sambung: beliau telah kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2. terus melakukan sesuatu dgn tiada henti-nya, bertubi-tubi, berulang-ulang: maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~; berturuti Mn dipercayai dan dipakai (per-cakapan dll), diikuti (nasihat dll), dipatuhi; menurut 1. berjalan dll mengikut jalan (garis, hala, dll) yg tertentu, tidak menyim­pang dr jalan dll yg tertentu: ~ jalan yg benar; 2. mencontohi (perbuatan orang lain dll), meneladan, meniru: telah dilihat oleh Cina, diturutnya, sebab itulah maka Cina gemar makan kangkung sampai sekarang; 3. mengikut apa yg disuruh (diperintah dll), tidak melawan, patuh kpd: maka segala orang itu pun semuanya ~ spt kata penghulunya; 4. meluluskan (permintaan, kehendak, dll), memenuhi (syarat, ketentuan, dll), menyam-paikan (harapan dll): Balzac tidak akan dapat melahirkan karya-karyanya yg agung itu jika ia ~ kehendak orang tuanya utk bertugas sbg seorang ahli undang-undang; 5. mengikut (berjalan dll), meng­ekori (dr belakang): dia berjalan menuju ruangan yg di sebelah barat bangunan, aku ~nya dr belakang; 6. spt yg dikhabarkan (diberitakan, dihebahkan, dll), sepanjang (berita dll): ~ yg diketahui sebanyak satu suku juta ringgit harga saham telah terjual; 7. sesuai dgn, tidak bertentangan dgn, tidak melanggar (syarat dll), selaras dgn: hari ini ~ pendapat orang alim ialah hari yg baik; 8. tidak bersalahan drpd, serupa dgn: rupanya ~ rupa neneknya; 9. ikut serta (melakukan sesuatu dll), turut serta: Sultan Mansor Shah pun ~ menyebut nama Hang Tuah itu Laksamana; 10. bergantung pd: maju mun­dur­nya dlm pelajarannya ~ kerajinan-nya; ~ lagu mengikut irama atau rentak lagu; ~ pusingan jam mengikut arah pusingan jarum jam; turut-menurut 1. saling menurut, ikut-mengikut, tidak tentang-menentang; 2. ark menurut sahaja (fikiran orang dll), ikut-ikutan; menuruti 1. mengikut dr belakang, meng-ekori, mengikut: Ismail berganding dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta, Bibah ~ mereka dr belakang dgn wajah usang; 2. tidak menegah (melarang), meluluskan (pem-berian dll), memberi: diturutinya sahaja ke-mahuan cahaya matanya yg tunggal itu; 3. menurut akan (nasihat dll), tidak menentang, mematuhi: ia ~ kehendak suaminya; 4. men-jadikan sesuatu sbg contoh (teladan), mencontohi: jangan dituruti, kerana ia orang yg tidak tahu bahasa; menurutkan 1. mengikut (berjalan dll) di belakang sesuatu, mengiringkan: mereka berjalan ~ orang tua mereka; 2. tidak mene-gahkan (melarangkan), mengikut (kehendak hati dll), melayani, memberi: dr satu bandar ke satu bandar yg lain dia berpindah-pindah ~ hati; 3. mendasarkan pd, menjadikan sbg dasar: kerendahan budi selama ini hanya diperintahi oleh perasaan hati, tidak ~ per-timbangan yg adil; memperturut sl mengejar dr belakang, menghambat: berundurlah mereka balik ke perkhemahannya diperturut oleh tentera Kembayat; memperturutkan 1. membiarkan bersama-sama (melakukan sesuatu dll), membiarkan turut, tidak mengecualikan; 2. tidak melarang-kan (menegahkan), mengikuti (kemahuan, ke-hendak, dll), mematuhi, menurutkan: sekali-kali jangan diperturutkan rasa kecewa, yg mungkin menjadikan orang putus asa; 3. = memperturut-turutkan melakukan sesuatu berkali-kali, mempertubi-tubi: perajurit itu pun segeralah berlari-lari serta menikam dada Tun Tuah, diperturut-turutkannya tikaman itu; turutan 1. = turut-turutan sesuatu yg diturut (dicontohi, diikuti, dll), contoh, teladan: maka iaitu patutlah menjadi ~ dan teladan bagi segala orang yg terkemudian; 2. yg berturut-turut (berikut-ikut); 3. yg ikut atau turut (bersama); orang ~ orang yg turut (ikut); turut-turutan 1. sesuatu yg diturut, contoh, teladan, turutan; 2. selalu menurut (kata dll) orang lain, ikut-ikutan: dia tidak mahu menjadi petani ~; perturutan 1. perihal berturut-turut (beruntun-runtun); 2. kelanjutan; seperturutan sl sama perbuatan (kelakuan dll) dgn, mengikut-ikut orang lain: jika engkau ~ dgn dia, engkau pun terbawa-bawa; penurut 1. tidak membantah (melawan dll), suka menurut, patuh, taat; 2. orang yg meng-ikut, pengikut.Kamus Dewan Edisi Keempat
usahadaya upaya (ikhtiar, kegiatan, per-buatan, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu: rajin dan ~ adalah tangga kejayaan; sebelum Marsden, belum ada ~-~ utk menerbitkan teks dr naskhah Melayu lama secara ilmiah; badan ~ badan yg melaksanakan sesuatu (usaha) utk memperoleh hasil; ~ bersama pekerjaan yg dilakukan bersama; ~ campuran usaha oleh beberapa pihak yg tergabung; ~ kerajinan tangan pekerjaan tangan (spt membuat tikar, mengukir, dll); ~ niaga usaha atau kegiatan perniagaan; ~ perladangan (perlombongan) pekerjaan perladangan (perlombongan); berusaha bekerja dgn giat utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu, berikhtiar, sedaya upaya (utk mencapai sesuatu), mengerjakan sesuatu usaha: mereka ~ dgn sungguh-sungguh utk mencapai matlamat mereka; kerajaan ~ utk menambah hasil pengeluaran getah; mengusahakan 1. melakukan (membuat) segala yg perlu (spt pekerjaan, kegiatan, ikhtiar, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan, dsb) sesuatu, mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (supaya tercapai sesuatu), menyelenggarakan: dia sendiri ~ terbitnya sebuah edisi Sejarah Melayu atas perhitungan bahasa semata-mata; kemajuan dan kemakmuran di pulau itu mestilah diusahakan bersama oleh kedua-dua bangsa itu; 2. mencari jalan (daya usaha dll) utk menyampaikan maksud (memperoleh sesuatu dsb), mengikhtiarkan, mengupayakan: kita tidak lama lagi akan hidup spt orang baik-baik, aku sedang ~ wangnya; 3. = ~ dirinya bekerja (bergiat) dgn sungguh-sungguh (segenap tenaga), berusaha keras: dia terlalu sangat rajin ~ dirinya dlm pelajaran; 4. mengurus sesuatu (pertubuhan dll) supaya berjalan dgn baik, menyelenggarakan: jikalau perkara itu berkenaan dgn cukai maka Kementerian Kewanganlah yg akan ~nya; 5. menghasil-kan, membuat, mengarang (buku dll), menye-lenggarakan sehingga (selesai): terjemahan ini telah diusahakan oleh saya sendiri; perusahaan 1. pekerjaan (kegiatan dsb) secara besar-besaran utk membuat (meng-hasilkan, mengeluarkan) barang-barang, industri: ~ batik di Kelantan; ~ gula; 2. pekerjaan ber-niaga secara besar-besaran, pekerjaan yg dilaku-kan utk mencari keuntungan: oleh sebab kedai itu terlampau kecil, dia sekarang membuka ~ di gedung yg lebih besar; ~ berat perusahaan secara besar-besaran yg menghasilkan barang berat-berat spt bahan dasar utk perusahaan-perusahaan lain dll; ~ kecil perusahaan yg dikerjakan secara kecil-kecilan (tidak memerlukan modal atau alat kelengkapan yg banyak dsb); pengusahaan perihal mengusahakan, pengerja-an, penyelenggaraan: ~ tanah; pengusaha 1. orang yg mengusahakan se-suatu (perusahaan, kegiatan penghasilan, dsb): ~-~ barang-barang kecil akan dapat men­jual barang-barang mereka dgn harga pasaran yg agak lumayan; 2. = pengurus (sekolah dll), pengelola.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas