| batin I | 1. (dlm) hati, perasaan dlm hati: ia dukacita dlm ~nya; di peringkat itu, ~nya bercanggah lagi; 2. (bkn) jiwa: penyakit ~; 3. tersembunyi, ghaib, tidak kelihatan: pertalian ~;berbatin bercakap (membaca) dlm hati;membatinkan menyembunyikan, merahsiakan;kebatinan 1. perihal batin; 2. = ilmu ~ ilmu batin, tasawuf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kedua | 1. (peringkat, bilangan, dll) yg nombor dua: pertunjukan yg ~ ialah tayangan filem Hindustan; 2. = kedua-dua, kedua-duanya, keduanya dua-dua(nya): kedua-duanya tergelak kecil, lalu meneruskan perjalanannya; kemudian kedua-duanya pun tidur berkaparan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| akhir | 1. kemudian sekali, penghabisan: perkataan itu terdapat pd baris ~ halaman itu; ikhtiarnya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~ minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~ musim penghujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b) penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian, terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg diadakan terkemudian sekali (sbg penamat): pertandingan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tara I | 1. sama (kedudukannya, keadaannya, dll), bandingan, imbangan: anak raja itu terkenal sbg ahli bermain pedang yg tidak ada ~nya; bukan ~nya bukan tandingnya (imbangannya); tiada ~nya tiada bandingannya (toloknya); 2. sl sama dgn (taraf, kedudukan, peringkat): maka didudukkan baginda ~ Bendahara, tetapi jikalau makan, ke bawah; setara 1. sama (besarnya, kuatnya, dll), sejajar: kelakuannya sangat ganjil jika dibandingkan dgn kelakuan pemuda-pemuda lain yg ~ dengannya; cincin intan dua ~ sebentuk cincin dgn berpermatakan dua intan yg sama besarnya; 2. sama (pangkatnya, darjatnya, tarafnya, nilainya, dll), sedarjat, setaraf: maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai ~ Seri Nara Diraja; 3. sepadan, setimbal, seimbang: usahanya tidak ~ dgn hasilnya; gajinya tidak ~ dgn kerjanya; 4. sebanding, setanding, selaras: taraf ekonomi dan darjat pengetahuan rakyat di negeri-negeri Afro-Asia belum ~ dgn yg telah dicapai oleh penduduk di negeri Barat; menyetarakan menjadikan setara (sebanding, seimbang, setimbal, dll); kesetaraan perihal (keadaan dsb) setara; ketidaksetaraan perihal (keadaan dsb) tidak setara (tidak seimbang); penyetaraan perihal (perbuatan dsb) menyetarakan; bertara ada taranya, berbanding, berimbang, bertimbal: anak perempuannya terlalu amat baik rupanya, tiada ~ pd zaman itu; tertara terbandingkan, ternilai, tertandingkan: barang siapa yg berpuasa sunat, maka ia mendapat kebajikan yg tidak ~; penara; bukit ~ tanah rata di atas bukit (spt ditarah rupanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengasaskan | 1. menyandarkan (meletakkan) pd sesuatu sbg asas, mendasarkan: segala usaha diasaskannya pd kepentingan negara; 2. membangunkan (pd peringkat permulaannya), memulakan penubuhan, mendirikan: beliaulah yg ~ GPMS pd tahun 1954; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menuankan | menjadikan tuan, memanggil tuan (kpd orang yg dilawan bercakap): Tuan Bob dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jangka II | = ~ masa = ~ waktu masa yg telah ditetapkan atau dirancang utk pelaksanaan (penyelesaian dsb) sesuatu, tempoh masa yg (agak) panjang, peringkat (masa): pekerjaan itu harus kamu siapkan dlm ~ waktu dua bulan; ~ pertama peringkat (masa) pertama; dlm ~ yg terbatas dlm waktu yg terbatas; melampaui ~nya a) melampaui masa yg telah ditentukan; b) melampaui had yg telah ditetapkan; rancangan ~ panjang (pendek) rancangan yg memakan masa yg lama (singkat); sampai ~nya sampai waktunya (masanya); tiada ~nya tiada batasnya (hadnya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| usia | umur: sudah lanjut pula ~nya; Utusan Melayu genap 49 tahun ~nya esok; ~ mental (Ubat) tahap kecerdasan seseorang ber-dasarkan peringkat umurnya (diketahui me-lalui ujian kecerdasan); berusia 1. mempunyai usia, berumur: beliau telah menjadi anggota parti ketika ~ 14 tahun; 2. = ~ lanjut (sudah) agak tua: pengadil biasanya terdiri drpd orang-orang yg telah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tingkat | 1 lapis sesuatu benda (spt bangunan, tangga) yg bersusun-susun atau berlonggok-longgok: Rumah pangsa itu sepuluh ~ tingginya. 2 taraf kedudukan; darjat; pangkat: Ada antara Duta Besar yg sama ~nya dgn Menteri. 3 peringkat sesuatu kejadian: Pembinaan masjid itu masih pd ~ awal. bertingkat ada tingkatnya; mempunyai tingkat. bertingkat-tingkat 1 bersusun-susun atau berlapis-lapis: Bangunan di bandar itu kebanyakannya ~. 2 berpangkat-pangkat atau berkelas-kelas. meningkat 1 bertambah banyak; naik sedikit demi sedikit; naik makin tinggi: Suhu badannya ~ drpd 100oF kpd 103oF. 3 berubah menjadi peristiwa atau keadaan lain: Semenjak ia ~ dewasa, perangainya sudah bertambah baik. meningkatkan meninggikan kedudukan, taraf dll. Mereka berusaha utk ~ taraf hidup. mempertingkatkan menjadikan bertingkat(-tingkat). tingkatan 1 peringkat; kelas; taraf (kedudukan dsb): orang ~ atasan orang dr golongan atasan. 2 darjah (di sekolah menengah). peningkatan perbuatan, hal dsb meningkat atau meningkatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kerenah | (kerénah) ragam, tingkah laku, kemahuan: banyak benar ~nya budak ini; ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai formaliti, peringkat, peraturan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |