Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menyengihkan gigimembuka mulut sedikit dan menampakkan gigi: ~ gigi putih-nya yg panjang-panjang;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyengihkan= ~ gigi membuka mulut sedikit dan menampakkan gigi: ~ gigi putih-nya yg panjang-panjang;Kamus Dewan Edisi Keempat
sengih; menyengih tersenyum dgn mulut terbuka sedikit (sehingga menampakkan gigi); menyengihkan = ~ gigi membuka mulut sedikit dan menampakkan gigi: ~ gigi putih-nya yg panjang-panjang; tersengih tersenyum dgn mulut terbuka sedikit (dan menampakkan gigi): anak-anak-nya ~ kegelian melihat telatah emak mereka; tersengih-sengih tersenyum-senyum dgn terbuka mulut dan menampakkan gigi sedikit: Noorain ~ melihat gelagat Kamarul; dilihat-nya Azman ~ kesukaan; sengihan hasil perbuatan menyengih.Kamus Dewan Edisi Keempat
corak1 gambar-gambar atau ragi pd kain (anyaman dsb): Kain ini tidak berapa bagus ~nya. 2 pelbagai warna pd warna dasar (ttg kain dll): Kain langsir itu tanahnya putih, ~nya merah. 3 ki rupa (bentuk, sifat) yg tertentu: Sejak itu, Aladin yg dahulunya sangat miskin telah bertukar ~ menjadi kaya. bercorak 1 bergambar atau beragi (ttg kain dsb): Kainnya ~ belang sawa. 2 berwarna pd tanah kain: kain merah yg ~ putih. 3 ki berupa (bersifat dll): Orkes itu sering memainkan lagu-lagu yg ~ Timur Tengah. Pemerintahan negara itu ~ demokrasi. mencorakkan 1 memberi bercorak: Kita boleh ~ kain putih dgn berbagai-bagai warna. 2 ki memberikan sifat-sifat tertentu; membentuk: Ibu bapalah yg bertanggungjawab ~ anak-anak mereka. pencorak orang, faktor, unsur dsb yg mencorakkan sesuatu atau seseorang: Sbg ~ masyarakat, kita bertanggungjawab membela anak-anak yg kurang bernasib baik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
corak1. gambar-gambar atau ragi pd kain (anyaman dsb):Kain ini tidak berapa bagus ~nya. 2. pelbagai warna pd warna dasar (ttg kain dll): Kain langsir itu tanahnya putih, ~nya merah. 3. ki rupa (bentuk, sifat) yg tertentu: Sejak itu, Aladin yg dahulunya sangat miskin telah bertukar ~ menjadi kaya. bercorak 1. bergambar atau beragi (ttg kain dsb): Kainnya ~ belang sawa. 2. berwarna pd tanah kain: Kain merah yg ~ putih. 3. ki berupa (bersifat dll): Orkes itu sering memainkan lagu-lagu yg ~ Timur Tengah. Pemerintahan negara itu ~ demokrasi. mencorakkan 1. memberi bercorak: Kita boleh ~ kain putih dgn berbagai-bagai warna. 2. ki memberikan sifat-sifat tertentu; membentuk: Ibu bapalah yg bertanggungjawab ~ anak-anak mereka.Kamus Pelajar
putihI 1. warna yg paling cerah (spt warna kapas), lwn hitam: bahagian atasnya berwarna hitam dan bahagian bawahnya berwarna ~; orang ~ = bangsa kulit ~ bangsa Eropah; 2. ki bersih, murni, suci; ~ bersih putih lagi bersih, putih sekali; ~ gading warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); ~ hati a) lurus hati, jujur; b) baik hati (suka menolong dll); ~ krim warna putih bercampur kuning (bkn kain, cat dsb); ~ kuning a) kuning langsat (warna kulit yg elok); b) kekasih; ~ langsat putih kuning; ~ lesi putih pucat (putih sekali); ~ lueh (sueh) Kl putih lesi; ~ melepak putih sekali, putih benar; ~ metah putih sekali; ~ pucat putih lesi; (ber)putih mata a) mendapat malu; b) kurang senang atau sakit hati (melihat perbuatan yg tidak senonoh, menunggu lama-lama dll); c) terlepas (peluang dll); ~ sepor Kl putih sekali; ~ telur a) bahagian drpd isi telur yg putih warnanya; b) albumin (zat yg sebatian kimianya spt putih telur); (sampai) ~ tulang (sampai) mati; ~ umbut putih dan lembut; ~ dikejar, hitam tak dapat = lepas ~, hitam tak dapat prb baik-baik dlm kesenangan dan pekerjaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia; ~ di luar kuning di dalam prb perihal orang yg kelihatan baik pd lahirnya tetapi jahat di dlm hatinya; ~ kapas boleh dilihat, ~ hati berkeadaan prb putih atau lurus hati seseorang itu dapat dilihat pd keadaannya (tingkah lakunya); belum tentu hitam putihnya prb belum tentu keputusan sesuatu perkara; (ber)putih tulang, jangan (ber)putih mata = lebih baik (ber)putih tulang drpd (ber)putih mata lebih baik mati drpd menanggung malu; suruh ~ hitam datang prb kemuliaan yg dikejar kehinaan yg diperoleh; berputih; ~ mata prb berhiba hati menang­gung rindu (spt seorang muda melihat tunang­nya diambil orang); memutih 1. menjadi putih, nampak putih­putih: ~ spt kapas; rambut mulai ~; 2. kelihatan banyak sekali (orang berkumpul dll): ~ kelihatan orang berhimpun di padang itu; memutihi menyebabkan berwarna putih pd (oleh sesuatu): kepalanya yg diputihi uban itu diusap-usap; memutihkan 1. memberi warna putih, mengecat putih, mengapuri: ~ kain dgn bahan kimia; 2. menjemur (kain dll) sesudah disabun atau direndam dlm air sabun, mengelantang (kain dll): ~ kain seperah; menghitamkan dan ~ ki menentukan, mem­buat keputusan; ~ mata ki a) memalukan; b) menyakiti hati; keputihan 1. keadaan atau hal putih; 2. sj penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih); keputih-putihan agak putih, kelihatan putih; pemutihan 1. perihal (proses atau perbuat­an) menjadikan berwarna putih atau cerah: ramuan agen pemutih mempercepat proses ~ kulit; 2. gerakan (program atau proses) yg dijalankan oleh pihak berkuasa (kerajaan) utk mendaftarkan semua pendatang tanpa izin: sejumlah 900 000 pendatang tanpa izin telah didaftarkan semasa program ~ itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
hitam1. warna spt warna arang, lwn putih; 2. ki dianggap tidak selamat kpd negara dsb: be­berapa kawasan di Pahang masih di­anggap sbg daerah ~; ~ berkilat warna hitam yg berkilat (agak ber­minyak); ~ birat orang yg kulitnya hitam lagi hodoh; ~ kerak dodol Kl hitam yg digemari orang, hitam manis; ~ kumbang = ~ jengat = ~ legam = ~ lengit = ~ lotong = ~ pe­kat sangat hitam, hitam benar; ~ (tampuk) ma­nggis hitam spt kulit buah manggis; ~ manis warna hitam kemerah-merahan (yg di­sukai orang); ~ mata bahagian mata yg hitam; ~ putih a) pernyataan bertulis sbg bukti: kami ada bukti ~ putih yg mem­bolehkan kami merobohkan rumah ini; sebarang perjanjian tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih; b) berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja (bkn gambar, televisyen dsb): gambar ~ putih itu menimbulkan kenangan yg beraneka; bagi mereka, pd waktu itu, jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa spt orang kaya; c) ki nasib buruk atau baik yg dialami seseorang: ~ putih kehidupannya terletak pd dirinya sen­diri; ~ usam hitam yg tidak berseri (kotor); dlm ~ putih = ~ di atas putih (perjanjian dll) dibuat bertulis; ~ bagai pantat belanga prb perihal kebu­ruk­an tabiat seseorang; ~ dikatakan putih, putih dikatakan ~ prb tidak mengatakan yg se­benarnya (berdusta, berbohong); ~ gagak tiada siapa yg mencelupnya prb orang yg berlaku jahat dgn kemahuannya sendiri; ~-~ bendi, putih-putih sadah prb yg buruk lebih berharga drpd yg cantik; ~-~ gajah, putih-putih udang kepai prb meskipun cantik rupanya yg hina tetap hina dan yg mulia tetap mulia meskipun buruk rupanya; ~-~ gula Jawa prb sungguhpun hitam tetapi manis dipandang; ~-~ kereta api, putih-putih kapur sirih prb jangan disangka sesuatu yg buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yg cantik itu ada kalanya kurang berharga); ~ mata itu takkan boleh bercerai dgn putihnya prb orang dlm percintaan tidak mudah di­pisah­kan; ~ tahan timpa, putih tahan sesah prb tetap tidak berubah, boleh dikaji keasli­annya; ~-~ tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang prb barang yg buruk tetapi berguna disimpan tetapi barang yg cantik tidak berguna dibuang; rambut sama ~ hati masing-masing = rambut sama ~ hati lain-lain prb tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya; menghitam 1. menjadi hitam: Leman masih me­mandang ketul keledek yg telah ~ kulitnya; 2. kelihatan hitam (kerana banyak orang berkumpul), menyemut: semut keli­hatan ~ menghurung nasi itu; menghitamkan 1. menyebabkan jadi hitam: ia ~ lukisannya dgn dakwat Cina; asap pelita minyak tanah itu sering kali ~ lubang hi­dung­nya; 2. memburuk-burukkan (pangkat, nama, dll), mencemar: perkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama; 3. Mn me­ninggalkan (negeri dll) dan tidak kembali lagi: dilulurnya air matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya; kehitaman hitam sekali; kehitam-hitaman agak hitam.Kamus Dewan Edisi Keempat
saljihablur-hablur ais yg turun dr awan (rupa-nya putih spt kapas).Kamus Dewan Edisi Keempat
kinantan1. putih seluruhnya (ayam dll); ayam (kuda) ~ ayam (kuda) yg putih seluruh tubuh­nya; 2. ki istimewa, luar biasa (kepandaiannya, keberaniannya, dll): akan anak Mak Guna yg ~ itu sekali-kali tak teringat oleh emak Amin; bagai ~ hilang taji prb orang yg bijak (kaya dll) yg tidak lagi mendapat penghargaan (penghormatan) orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketayap Ikopiah (songkok) putih: Imam Dolah membuka ~nya sambil menggaru kepala; ~ cendawan bahagian atas cendawan (yg me­ngembang lebar); berketayap memakai ketayap: lelaki penjual buah yg ~ putih itu tersenyum hambar.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas