Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
semut-semutberasa kebas kerana lama ter-tekan dll (bkn kaki dan tangan), berasa senyar;Kamus Dewan Edisi Keempat
kepammenjadi lapuk atau buruk kerana ter­simpan lama atau tidak dianginkan (bkn kain lembap dll), hilang cahaya atau warnanya (kerana kena panas matahari), menjadi pudar.Kamus Dewan Edisi Keempat
cantum; bercantum 1. bertaut semula (spt luka yg sudah baik dll); 2. bertemu dan melekat atau bersambungan (spt zip, bulu ayam, dll); 3. bergabung, bersambung: tiap-tiap kawasan ~ dgn kawasan yg di sebelahnya; 4. ada memuat atau berisi (karangan dll); carik-carik bulu ayam lama-lama ~ juga prb perkelahian sesama saudara itu akhirnya berbaik juga; mencantum 1. menemukan (merapatkan, melekatkan) supaya bercantum; 2. menye­mat (dgn jarum dll); 3. memindahkan (me­numbuhkan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain (utk mendapat pokok yg lebih baik); mencantumkan 1. merapatkan (benda atau hal) supaya bertaut (melekat, bersatu, dll), memautkan, melekatkan, menyatukan, me­madukan, menempelkan; 2. menyematkan (dgn jarum, pin, dll); 3. menikamkan: dicantumkannya keris pusaka itu pd dada terus ke belikat; 4. memasukkan atau menyertakan (dlm majalah, acara, dll): nama peserta-peserta mesyuarat itu telah dicantumkan dlm surat edaran; tercantum 1. sudah dicantumkan; 2. ter­masuk atau termuat (dlm majalah, acara, dll); 3. tersemat atau terkandung dlm hati (cita-cita dll); cantuman 1. = percantuman perihal bercan­tum, pertemuan, pertautan, pergabungan, per­paduan, penyatuan: aku akan terus berjuang utk ~ Singapura dgn Tanah Melayu; 2. = percantuman perihal mencantumkan ba­hagian-bahagian yg berlainan menjadi satu (motokar dll); 3. barang apa yg dicantumkan atau utk dicantumkan: biasanya barang-barang ini digunakan hanya sbg ~ yg tidak kekal; 4. perihal memindahkan (menumbuh­kan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
lapuk I1. bercendawan kerana buruk atau terlalu lama (kayu dll), reput: koyak penjuru kain itu bukan kerana telah lama atau ~, tetapi kerana tersangkut; 2. ki terlalu lama atau tua, tidak berguna lagi, usang; tidak ~ dek hujan, tidak lekang dek panas kekal dan tidak dipinda-pinda (adat dll); ~ oleh kain sehelai prb sejak mulanya beristeri atau bersuami hanya seorang sahaja; ~-~ diganti, usang-usang dibarui = usang dibarui, ~ dikajangi prb adat atau kebiasaan lama yg jarang dipakai dihidupkan kembali; berlapuk bercendawan (kerana buruk, ter­dedah, tua, dll), tumbuh cendawan: barang yg lekas ~ hendaklah dijemur selalu; melapukkan menyebabkan jadi lapuk, me­reputkan; kelapukan perihal lapuk.Kamus Dewan Edisi Keempat
tertinggal1. terbiar pd tempatnya dll (kerana tidak dibawa sama, tidak hilang, dll): ia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya yg sudah lama ~ di rumah; 2. ter­ke­belakang (kerana tidak dapat mengejari atau menyaingi), tercicir: tidak berapa lama kemudian, hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang; 3. terdapat sbg baki drpd sesuatu, tersisa: kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yg ~ begitu sahaja; 4. terabai, terbengkalai: banyaklah kerja-kerja yg ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat menghabiskannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
singkap; menyingkap 1 membuka sesuatu yg menutupi; menyelak: Dia ~ kelambunya. 2 menceritakan kembali apa-apa yg telah berlaku dsb; membuka rahsia dsb. tersingkap ter­buka atau terangkat penutupnya; ter­selak: Langsir tingkap di biliknya ~ sedikit. penyingkapan perbuatan atau perihal menyingkap: ~ kisah lama membawa kenangannya kembali ke zaman kanak-kanak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lambat1. tidak cepat atau lekas (pergerakan dll), perlahan-lahan: ia berjalan terlalu ~; 2. mengambil masa yg lama: benih ini ~ tumbuhnya; 3. lewat drpd waktu yg ditentukan, kasip, tertinggal: dia datang ~; jam ini ~ sepuluh minit; ~-bangat = ~-laun lama­kelamaan, akhir-akhirnya; ~ lepa Kd pantang ada kesempatan: ~ lepa dia kebas; ~ laga asalkan menang prb mengerjakan sesuatu biarlah lambat asalkan maksud ter­capai; biar ~ asal selamat, tak akan lari gunung dikejar prb membuat sesuatu kerja biarlah dgn cermat dan hati-hati; lambat-lambat dgn lambat, perlahan-lahan: mereka berjalan ~ menghampiri pinggir bukit itu; selambat-lambatnya (yg) paling lewat, se­habis lama: mereka akan menerima gaji belakangan ~ dua minggu lagi; berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahan-lahan, tidak terburu­-buru: ia berasa perlu berlambat-lambat sehingga ia dapat membuat keputusan yg saksama; berlambatan sl mengambil masa yg lama, lambat: adapun kita ini ~ akan beroleh kembali kerana Raja Rom ini besar sangat kekayaannya; melambatkan (sengaja) menjadikan lambat, membuat supaya lambat: ia ~ jalan basikalnya; melambat-lambatkan menyebabkan se­suatu (pekerjaan, tindakan dsb) berjalan lambat-lambat, melengah-lengahkan: kita tidak boleh ~ pelaksanaan tugas itu; diharapkan pihak bank tidak ~ keputusan pinjaman atau mengambil masa terlalu panjang; memperlambat menjadikan lebih lambat: kerja yg buruk elok diperlambat; terlambat melewati (melebihi) masa yg ditentukan, memakan masa, tidak menepati masa, terlewat: kerana takut ~, Mak Konah tidak menghiraukan lagi usikan anak-anak Cina itu; kelambatan 1. perihal lambat, kelewatan: ~ menetapkan harga padi itu telah menye­babkan mereka rugi; Seri Bija Diraja menyem­bahkan sebab-sebab ~ yg dialaminya itu; 2. terlewat (drpd yg ditentukan), terlambat; pelambat bahan atau sesuatu yg melambat­kan (proses, perjalanan sesuatu dsb): bahan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkeping-keping1. merupakan atau ter­diri drpd kepingan-kepingan: getah yg ~ kemudiannya diasap supaya tahan lama; 2. berpecah-pecah atau bercerai-cerai menjadi keping-keping kecil (drpd sesuatu yg lebih besar), cabik-cabik (kain dll): habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu bercabiran diterbangkan oleh angin ~ ke sana ke mari;Kamus Dewan Edisi Keempat
tertahan1. dapat ditahan, tercegah, ter­hambat, terhenti, tersekat: maka dilakukan serangan terus-menerus yg tiada ~ oleh musuh; lama dia membiarkan nafasnya ~; 2. = tertahani sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dll), sanggup menang­gung (kesakitan dll), sabar: segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~; tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya; tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengemaskan1. menjadikan tersusun (ter­atur, rapi, dll), membereskan: sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan; ~ diri menghiaskan diri (dgn bersolek, berpakaian bersih, dll); 2. menghabiskan (wang, harta benda, dll): belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas