Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
muka1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; 3. se­belah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke) pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7. = permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll), bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung): kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang ~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan (tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang; ~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg dipotong melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama melibatkan diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu; ~ pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; ~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu; ~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu; ~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi se­benarnya banyak hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri, orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuat­buat laku baik atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal; di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan di belakang tetapi ~; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa men­jelang puasa; wang ~ cengkeram; ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya; mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), mem­beri pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibin-cangkan itu; 3. mencadangkan (supaya di­terima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisah­kan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cer-pennya itu; terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm kampungnya dan disegani dlm daerahnya; muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja; semuka sama mukanya, berhadapan muka; bersemuka berhadapan muka (dgn), ber­temu muka (dgn): belum pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; per-temuan ~ boleh menimbulkan masalah; menyemukakan menemukan berhadap-ha­dapan, membuat supaya berhadapan muka; bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis; tidak ~ ki malu; bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll); 3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura: isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~ panjangnya; permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit; pengemukaan perihal (perbuatan dsb) me­ngemukakan: nama beliau sering dihubung-kan dgn ~ aspek kelemahan karya; pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur.Kamus Dewan Edisi Keempat
nyata1 jelas atau terang (pd penglihatan, pendengaran): Sebutannya kurang ~. 2 tampak dgn terang; ketara: Niat jahat­nya sudah ~ sekarang. 3 benar-benar ada; maujud; lw abstrak: alam yg ~. menyatakan 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Boleh­kah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3 memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. ternyata 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. kenyataan 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar ber­laku. pernyataan sesuatu yg dinyata­kan. penyataan perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pe­mak­luman. penyata yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lawan1. pasangan yg tepat, jodoh: ulam ~nya sambal; ~ menari pasangan menari; 2. imbangan, tandingan: kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di kampung kami; 3. musuh (dlm peperangan, permainan, sukan, dll), tentangan: tuan telah berjaya mengalahkan ~ tuan; 4. tentangan (spt laki-laki dgn perem­puan), kebalikannya: kecil ~nya besar; gelap ~nya terang; 5. = melawan: jikalau dapat, kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; ~ asas Id bertentangan dgn yg lazim (pendapat dll); ~ hukum a) melawan hak; b) Id melanggar hukum; ~ politik tentangan dlm politik; berlawan 1. mempunyai lawan (tandingan dll): hulubalang terlalu perkasa tiada ~ di dlm negeri; 2. bersalahan (pd hukum, undang-­undang, dll), bertentangan dgn: perbuatan yg ~ dgn undang-undang; 3. bertanding (dlm permainan dll), beradu: Baba Melaka telah ~ pantun dgn orang dr Kedah; ~ senjata; berlawanan 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami; berlawankan sl menentang utk, berlawan kerana: kurang ia ~ Duli Yang Dipertuan lebih ia ~ anak isterinya bersungguh-sungguh; melawan 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak baik ~ kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual dll), membuat kawan (ber­cakap dll): orang-orang yg dilawannya ber­bicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll), menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn; melawani sl menentang akan, melawan akan, memusuhi: surat ini hendak pun tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; memperlawankan 1. membuat supaya ber­kelahi (bermusuh, berlaga, dll), memperlaga­kan, mengadu; 2. menjadikan bertentangan (berlawanan dll); kelawanan ark kebolehan (kecekapan, ke­sanggupan) utk melawan atau berlawan; perlawanan 1. perihal melawan (menentang musuh dll), tentangan: Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintah­an Belanda di Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak mengadakan ~ yg tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan: pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; 3. perihal ber­lawanan (spt siang dgn malam dll), perten­tangan (makna dll): ~ kata; pelawan (orang yg) suka melawan atau menentang, orang dll yg dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal: diperoleh ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; anak ~ anak derhaka.Kamus Dewan Edisi Keempat
gemilangbercahaya terang-benderang, cemer­lang: ia mengenang-ngenang zaman ~nya; kegemilangan keadaan bercahaya terang­-benderang, kecemerlangan: kekuatan Sriwijaya tidak sebesar dulu lagi, cahaya ~ mulai muram; ®gilang.Kamus Dewan Edisi Keempat
terang1. keadaan (cahaya atau sinar) yg me­nye­babkan sesuatu atau keadaan sekilas boleh dilihat: tidak akan sama ~ lampu dgn ~ matahari; 2. tidak gelap (bkn tempat, ke­adaan sekitar, cahaya, dsb), tidak kelam, tidak muram, tidak suram, cerah: jangka suhu doktor bolehlah dikeluarkan dr mulut dan dilihat di tempat ~; 3. siang (hari), lwn malam: setelah hari ~, mereka pun berangkat meneruskan perjalanan mereka; 4. bersih kerana (sudah) ditebasi atau ditebangi (kawasan semak samun dll): pagi esoknya pergilah pula mereka ke dlm hutan, tiba-tiba didapati mereka tempat itu ~ lawas; 5. tidak diselaputi awan (langit), bersih, jernih (langit, udara): malam itu nyaman sekali, angin mendesir perlahan-lahan, langit pun ~, bintang-bintang berkerlipan; 6. tidak terlindung sedikit pun (pemandangan), nyata (pandangan, pendengaran, pelihatan), jelas: pd waktu malam terdengar juga bunyi ledakan meriam, kadang-kadang bunyi itu jelas dan ~; 7. tidak kabur (pelihatan, pan­dangan), jelas: monyet dan manusia ialah binatang yg besar sekali otaknya dan yg ~ sekali pelihatannya; 8. tidak dapat diragukan atau disangsikan lagi, sudah terbukti (kebe­narannya dll), sudah ketahuan, sudah nyata (benar): sudah ~ sekarang siapa yg benar dan siapa yg bersalah; 9. jelas (kata-kata­nya, maksudnya, dll), nyata (benar): ceramah pendek yg diberikan oleh Amran pagi itu sangat ~ dan bernas; sebutan bahasanya ~ dan tepat; ~ akal tajam akal, cerdik, pandai; ~-ben­derang terang sekali; ~ bulan a) cahaya drpd bulan (pd waktu malam); b) = ~ hari Mn = bulan ~ tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan; ~ cuaca cuaca yg baik (tidak redup atau mendung); ~ hati = ~ fikiran mudah mengerti (belajar); ~ tanah pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan (lebih kurang pukul 5.30–6.00 pagi); ~-temaram (-temarang) terang sekali, terang-benderang; ~ terbang lalat pagi hari (lebih kurang pukul 6.00–6.30 pagi); ~ terus dapat dilalui cahaya, bening (kaca dll); terang-terang tidak berselindung (terlin­dung) lagi, nyata (jelas) sekali, ketara (sesuatu perbuatan): bukan sedikit pula orang kam-pung itu yg ~ hendak mengambil Zainal menjadi menantu mereka; ~ gelap = ~ laras agak terang sedikit (hari) tetapi belum terang betul; ~ kain Mn a) belum terang betul; b) belum mengerti benar; terang-terangan berterang-terang: kalau mereka cuba mengganggu hamba dgn ~, hamba tahu pula membalasnya; berterang-terang, berterang-terangan tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu), (berbuat sesuatu) dgn terus terang: tidak seorang juga yg berani menunjukkan ke-marahan mereka ~ ; menerang menjadi terang; menerangi 1. memberi terang kpd (bkn lampu, pelita, bulan, dll), menyuluhi: lampu minyak itu ~ biliknya; 2. ki memberi terang pd hati (fikiran, perkara, dll), menunjuki: Tuhan akan ~ hati segala manusia; 3. mem­bersihkan kawasan (drpd semak samun dll), menyiangi: pd suatu masa nanti, bahagian-bahagian itu akan diterangi utk kegunaan pertanian; 4. Mn mencari keterangan (bukti dll) supaya jelas, menentui: beliau datang cuma utk ~ perkara itu sahaja; menerangkan 1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dll): puas sudah ia ber­ubat ke sana ke mari utk ~ matanya yg kabur, tetapi tidak juga berjaya; 2. men­jadikan terang, menghuraikan (menceritakan dll) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan: Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya; 3. memberitahu tentang sesuatu (supaya dike-tahui seseorang atau orang ramai), memak-lumkan, menyatakan: PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yg berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia; 4. menentukan (apa yg patut dilakukan dll), menetapkan, menegaskan: per­aturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya; 5. menun­jukkan (menanda-kan, membuktikan) bahawa: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah; keterangan 1. huraian utk menerangkan sesuatu, penjelasan: semua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dgn tenang; 2. hal yg menjadikan sesuatu perkara dll terang atau jelas, alasan, bukti, tanda: dlm tempoh yg ada pd kami, telah kami usahakan sedaya upaya utk mendapatkan ~ yg difikirkan perlu; 3. Id kata atau kelompok kata yg mene­rangkan kata yg lain; penerangan 1. alat dll yg digunakan utk mene­rangi (lampu dll); 2. perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kpd (lampu dll); 3. perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan: ~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memper­katakan soal politik; 4. pekerjaan (jawatan dll) yg memberi penjelasan dll: Pak Wir di­anggap tenaga ahli yg masih sangat diperlu­kan dlm bidang ~; penerang sesuatu yg menerangi (menerang­kan); ~ hati jampi dll yg menerangi hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
sindir= sindiran perkataan dll yg digunakan utk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dgn terus terang, kiasan: banyak­nya ~ kedengaran; mereka terdiam kerana mendengar percakapanku yg mengandungi sindiran itu; ~ kiasan = sindir-sindiran bermacam-macam sindir (sindiran): tiap-tiap kali balik dr situ, ada-ada sahaja pem­bawaannya, baik barang-barang mahupun ~ kiasan kpd Ramlah dan suaminya; menyindir mengatakan sesuatu (utk men­cela, mengejek, mengeji) tidak dgn terus terang: dia selalu ~ anak-anak dara yg mandi berkemban di situ; pukul anak sindir me­nantu prb mengata-ngatai orang tetapi per­kataan-perkataan itu ditujukan kpd orang lain; sindir-menyindir saling membalas sindiran, saling menyindir: mereka mengambil ke­sempatan utk ~ antara satu sama lain; tersindir (sudah) disindir (diejek): aku cukup berasa ~ oleh kata-kata Normah itu; penyindir orang yg (suka) menyindir.Kamus Dewan Edisi Keempat
bandingsama dgn; imbang; tara: Kehandalan Hang Tuah tidak ada ~nya pd zaman itu. berbanding 1 ada bandingnya: Kecantikannya tidak ~. 2 seimbang (dgn); sepadan: Perbelanjaan hendaklah ~ dgn pendapatan. 3 dibandingkan (dgn): Kadar pendapatan penduduk tahun ini bertambah ~ dgn tahun lalu. membandingkan melihat dua benda utk mengetahui apa-apa yg sama dan apa-apa yg berlainan: Dlm kajiannya, beliau telah ~ sastera Melayu dgn sastera Inggeris. bandingan 1 apa-apa yg dianggap sama; imbangan. 2 hasil drpd membandingkan. perbandingan 1 hal berbanding atau dibandingkan. 2 persamaan (ttg sesuatu sifat dsb); sesuatu yg seimbang: ~ dlm bahasa kiasan kadang-kadang dinyatakan terang-terang dan kadang-kadang tidak. 3 ibarat: Kejayaannya boleh dijadikan ~. pembandingan perbuatan atau hal membandingkan: ~ peta tumbuh-tumbuhan dgn peta muka bumi dpt membantu kamu memahami keadaan alam di sesuatu kawasan. pembanding 1 orang yg membandingkan. 2 alat yg digunakan utk membandingkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sindiranperkataan dll yg digunakan utk mengatai (mengeji, mengejek, mencela) orang tidak dgn terus terang, kiasan: banyak­nya ~ kedengaran; mereka terdiam kerana mendengar percakapanku yg mengandungi sindiran itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
bandingsama dgn; imbang; tara: Kehandalan Hang Tuah tidak ada ~ nya pd zaman itu. berbanding 1. ada bandingnya: Kecantikannya tidak ~. 2. seimbang (dgn); sepadan: Perbelanjaan hendaklah ~ dgn pendapatan. 3. dibandingkan (dgn):Kadar pendapatan penduduk tahun ini bertambah ~ dgn tahun lalu. membandingkan melihat dua benda utk mengetahui apa-apa yg sama dan apa-apa yg berlainan: Dlm kajiannya, beliau telah ~ sastera Melayu dgn sastera Inggeris. bandingan 1. apa-apa yg dianggap sama; imbangan. 2. hasil drpd membandingkan. perbandingan 1. hal berbanding atau dibandingkan. 2. persamaan (ttg sesuatu sifat dsb); sesuatu yg seimbang: ~ dlm bahasa kiasan kadang-kadang dinyatakan terang-terang dan kadang-kadang tidak. 3. ibarat: Kejayaannya boleh dijadikan ~. pembandingan perbuatan atau hal membandingkan: ~ peta tumbuh-tumbuhan dgn peta muka bumi dpt membantu kamu memahami keadaan alam di sesuatu kawasan. pembanding 1. orang yg membandingkan. 2. alat yg digunakan utk membandingkan.Kamus Pelajar
nyata1 jelas atau terang (pd penglihatan, pendengaran): Sebutannya kurang ~. 2 tampak dgn terang; ketara: Niat jahatnya sudah ~ sekarang. 3 benar-benar ada; maujud; lw abstrak: alam yg ~. menyatakan 1 menjadikan nyata; menerangkan; menjelaskan: Dia telah ~ pendapatnya ttg perkara itu. 2 menunjukkan sesuatu sbg bukti; menandakan; membuktikan: Bolehkah saudara mengadakan bukti utk ~ tuduhan saudara? 3memberitahukan; memaklumkan; mengatakan: Beliau telah ~ bahawa undang-undang itu hanya utk sementara waktu saja. ternyata 1 sudah terang; sudah jelas; ketahuan: Kebolehannya ~. 2 sudah disebut, ditulis, disiarkan dsb. kenyataan 1 yg dinyatakan sbg peringatan atau sbg pengumuman; notis. 2 keadaan atau hal nyata; keterangan; kejelasan: ~nya telah menghilangkan segala syak wasangka. 3 sesuatu yg nyata; sesuatu (peristiwa dsb) yg benar-benar berlaku. pernyataan sesuatu yg dinyatakan. penyataan perbuatan atau hal menyatakan; pemberitahuan; pemakluman. penyata yg dinyatakan secara rasmi; makluman rasmi: ~ tahunan.Kamus Pelajar
12345678

Kembali ke atas