Intan salah serudinya. | Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. serudi = canai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya. | Kebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Intan disangkakan batu kelikir. | Tidak mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Intan dikalungkan di leher anjing. | Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Intan berlian jangan dipijakkan. | Untung bahagia jangan dielakkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dulu intan, sekarang jadi batu buatan. | Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dulu besi, sekarang timah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Neraca berbatu intan. | Hukuman yang seadil-adilnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau intan itu biar keluar dari mulut anjing sekalipun, bernama intan juga. | Perkataan yang baik biarpun keluar dari mulut siapa juga, tetap baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dulu permata intan, sekarang batu Belanda. | Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dulu besi, sekarang timah, b. Dulu intan, sekarang jadi batu buatan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menjaga permata intan ketika dicanai. | Kasih sayang yang tidak ada taranya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |