Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher. | Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggali lubang, menutup lubang. | Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sumbing menitik, patah mengimpal. | Berhutang membayar; salah dihukum. titik dan kimpal = tempa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tutup lubang, gali lubang. | Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai udang bertahi di kepala. | Orang yang sentiasa berhutang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak bertanduk kepala dipahat. | Kerana hendak menunjukkan kemegahan, rela berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lidah terkalang. | Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lidah terganjal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lidah terganjal. | Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Samir tak habis, kajang pula. | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula). samir = daun nipah yang dikeringkan dipakai untuk menutup muatan: kajang = sebangsa tikar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebanyak hutang si Jibun. | Sangat banyak hutangnya. Si Jibun = orang yang suka berhutang di sana sini. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |