| Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri. | Hendak berlagak seperti orang tua-tua. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Digantung tinggi, dibuang jauh. | Tidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah mati dicatuk katak. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah ditelan ular lidi, c. Mati dicatuk katak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah ditelan ular lidi. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah dialahkan oleh pelanduk. | Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hujan berbalik ke langit. | Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menengadah (= menentang) matahari. | Melawan orang berkuasa (pandai dan sebagainya), akhirnya akan kecewa dan menyesal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terikat kaki tangan. | Sudah tidak berkuasa lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Adat gajah terdorong. | Orang yang berkuasa kerap kali menyalahgunakan kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum berkuku hendak mencubit (= menggaruk). | Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum bergigi sudah hendak menggigit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |