Pulai berpangkat naik, manusia berpangkat turun. | Manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukit sudah menjadi busut. | Orang berpangkat telah diturunkan pangkatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dulu besi, sekarang timah. | Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Babi merasa gulai. | Menyama-nyamai orang berpangkat tinggi (kaya dan sebagainya). merasa gulai = mencuba masin pedas gulai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat lurah timbunan sarap. | Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dulu permata intan, sekarang batu Belanda. | Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dulu besi, sekarang timah, b. Dulu intan, sekarang jadi batu buatan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dulu intan, sekarang jadi batu buatan. | Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dulu besi, sekarang timah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat teluk timbunan kapal (= kapar). | Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan. | Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Itik berenang dalam air (= di laut) mati kehausan. | Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi. (Biasa juga: Itik di air mati kehausan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |