| Menjangkau sehabis tangan. | Berusaha dengan bersungguh-sungguh hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai gadis jolong menumbuk. | Rajin dan bersungguh-sungguh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hangat-hangat tahi (= cirit) ayam. | Tidak bersungguh-sungguh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ditumbuk dikisar barulah lumat. | Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Esa hilang, dua terbilang. | Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pertama hilang, kedua terbilang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pertama hilang, kedua terbilang. | Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa lain yang sama makna: Esa hilang, dua terbilang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Umpama lembu dogol, tak boleh menanduk cuma menyondol. | Melawan (= bekerja) bersungguh-sungguh tanpa sesuatu syarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lekuk batu dititik air selalu. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lembu dogol jangan dibalun. | Orang yang tiada melawan jangan diusik, nanti dia melawan bersungguh-sungguh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |