Tinggi disusupi, rendah dilangkahi. | Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai sampai ke langit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan. | Menyelidiki sesuatu perkara dengan saksama. tukik = arah ke bawah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan cempedak berbau nangka. | Hendaklah diselidiki sesuatu perkara itu dengan saksama lebih dulu sebelum mempercayai percakapan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya. | Hendaklah diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara itu sebelum dibuat kesimpulan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kelam disigi, lekung ditinjau. | Sesuatu perkara atau perkataan yang kurang terang hendaklah diselidiki dan diperiksa dengan saksama sebelum dibuat sesuatu keputusan. sigi = suluh, obor; lekung = lekuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan. | Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertumbuk biduk dikelokkan, tertumbuk kata difikiri. | Kalau bertemu jalan buntu atau kesukaran dalam sesuatu perundingan, hendaklah berusaha dengan saksama untuk mengatasinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Disigai sampai ke langit. | Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Bandingkan dengan: Tinggi disigai, besar ditebang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh; pertama tegak, kedua roboh. | Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan. | Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |