Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang! | Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Belalang hendak menjadi elang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tempat makan jangan diberaki. | Jangan berbuat angkara di tempat mencari makan atau di tempat menumpang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak lang, si pungguk menjadi lang. | Di tempat yang tiada orang pandai, si bodoh mengaku dirinya pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!). (Bandingkan dengan: Tinggilah pohon kenduduk di tengah padang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain. | Biar mati di tempat yang mulia kerana membuat pekerjaan yang baik, daripada mati di tempat yang hina kerana melakukan pekerjaan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma. | Mati di tempat yang mulia kerana membuat kebaikan lebih baik daripada mati di tempat yang hina kerana membuat kejahatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beroleh lumpur di tempat yang kering. | Mendapat kesusahan yang tidak tersangka-sangka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Elok lenggang di tempat datar. | Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada gula, ada semut. | Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi masak, adalah pipit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada padi masak, adalah pipit. | Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada gula, ada semut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkelahi seperti labah-labah dalam gelas. | Perkelahian yang sangat hebat di tempat yang sangat sempit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |