| Gajah lalu dibeli, kusa tidak terbeli. | Mengerjakan sesuatu yang besar, tetapi melupakan hal-hal yang kecil-kecil yang perlu untuk menyelesaikan yang besar itu. kusa = besi penghalau gajah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bergantung tidak bertali. | Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung sehasta tali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bergantung sehasta tali. | Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Digantung tidak bertali. | Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bergantung sehasta tali, b. Bergantung tidak bertali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hinggap saja bagai langau. | Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai duri dalam daging. | Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti gajah dengan sengkalanya. | Sesuatu hal yang menjadi gangguan. sengkala = pasung kaki atau tangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Angan lalu, faham tertumbuk. | Sesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hinggap bak langau, titik bak hujan. | Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menghadapi jambar seorang-seorang. | Tidak menghiraukan hal-ehwal orang lain. jambar = hidangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |