Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pas] | هامڤس

Definisi : 1. sisa benda yg telah diambil patinya (airnya, isinya): ~ kelapa; ~ kopi; ~ tebu; ~ lanar tahi bijih (lodak); 2. tidak berguna, sia-sia: ~ sungguh budak ini, satu kerja apa pun tak boleh diharapkan; spt tebu, air dimakan ~nya dibuang prb perihal gadis ditinggalkan setelah dirosakkan; umpama memerah nyiur, santan diambil ~nya dibuang prb perihal mendengar nasihat orang yg baik diambil, yg tidak baik dibuang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pas] | هامڤس

Definisi : sisa drpd benda yg sudah diambil patinya atau airnya: ~ kelapa; ~ tebu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampas (kata nama)
Bersinonim dengan sisa, baki, kerdak, keladak, latak, endap-endap, sepah, semperah, bahan buangan.,

Puisi
 

Jika kulurut padiku ini,
     Kubuang hampas kuambil isi;
Jikalau kuturut hatiku ini,
     Kubuang akar kuambil hati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga,
     putih-putih hampas kelapa dibuang.

Bermaksud :

Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang.Mendengar nasihat orang, pilihlah yang baik dan buanglah yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang.Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas