Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ru.ha.ra] | هورو-هارا

Definisi : 1. dlm keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yg aman akan ~ akibat hasutan drpd anasir-anasir komunis; 2. dlm keadaan kelam-kabut (tidak keruan dsb): dia bimbang kalau diisytiharkan pd waktu itu, akan ~lah tentera yg berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dgn tidak tentu tujuan: janganlah ~ ke sana ke mari dgn kawan-kawan pd waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramal­kan bahawa ~ akan berlaku di negeri itu dlm tahun 1990-an; menghuru-harakan 1. menyebabkan huru-hara, mengacau-bilaukan: gerila-gerila komu­nis cuba ~ negara kita, tetapi gagal; 2. menyebabkan huru-hara, menjadikan (keada­an) kelam kabut: kekecohan itu telah ~ mereka; kehuru-haraan keadaan yg huru-hara, ke­kacau-bilauan: ~ di negara itu telah men­jejaskan kedudukan ekonominya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.ru.ha.ra] | هورو-هارا

Definisi : 1 keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau: Jika rakyat bersatu padu, ~ tidak mungkin berlaku. 2 tidak aman; kacau-bilau: Negeri yg dahulunya aman sentosa itu telah menjadi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huru-hara (adjektif)
Bersinonim dengan kacau-bilau, haru-biru, gempar, gara-gara, igau, cabuh, cabur;,
Kata Terbitan : menghuru-harakan, kehuru-haraan,

Peribahasa

Membebek kambing lari ke hutan,
     menyalak anjing lari ke kota.

Bermaksud :

Dalam waktu huru-hara orang yang penakut berteriak lagi, tetapi orang yang berani bertempik maju.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Air keruh, limbat keluar.Negeri yang huru-hara, orang jahat mencari keuntungan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membebek kambing lari ke hutan, menyalak anjing lari ke kota.Dalam waktu huru-hara orang yang penakut berteriak lagi, tetapi orang yang berani bertempik maju.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas