Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ju.jur] | جوجور

Definisi : lurus hati, tulus, ikhlas: orang yg ~ tidak akan berani menikam dr belakang spt kau; kejujuran perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.jur] | جوجور

Definisi : ; wang ~ wang yg diberikan oleh pengantin laki-laki kpd orang tua pengantin perempuan; menjujuri membayar (memberi) wang jujur kpd; jujuran wang jujur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ju.jur] | جوجور

Definisi : lurus hati; tulus; ikhlas: Nabi Muhammad SAW sangat ~. kejujuran sifat jujur; kelurusan hati; ketulusan hati: Ia yakin pd kebenaran dan ~ suaminya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jujur (adjektif)
Bersinonim dengan lurus hati, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, suci hati, putih hati, benar, boleh dipercayai, mukhlis, sadiq, mustakim;,
Kata Terbitan : kejujuran,

Puisi
 

Buah nangka di tepi tebat,
     Buah duku disangka jering;
Disangka jujur hati sahabat,
     Rupanya menikam kawan seiring.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berjalan dari pintu belakang.

Bermaksud :

Tidak jujur, tidak menurut aturan yang sah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Macam betung seruas.Terlalu jujur; lurus hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berjalan dari pintu belakang.Tidak jujur, tidak menurut aturan yang sah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dalam dua tengah tiga.Tidak jujur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berniaga di hujung lidah.Orang pandai yang tak jujur, suka menipu dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh; pertama tegak, kedua roboh.Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas