Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kain] | کاءين

Definisi : 1 barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum: ~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2 barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan. ~ baju pakaian (spt baju, seluar). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kaca ist kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd (benang) sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Encik Andak menjual kain,
     Kain sutera dari seberang;
Walaupun banyak sahabat yang lain,
     Manakan sama tuan seorang.


Lihat selanjutnya...(368)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kain tersangkut kain tinggal.Tergesa-gesa melarikan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar mati berkapankan kain cindai, jangan kain kadut.Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah.Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain ditangkap maka duduk.Kemiskinan yang amat sangat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain dibakar tiada berbau.Kemiskinan yang amat sangat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain dalam lipatan.Perempuan yang melakukan kejahatan di dalam diam-diam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain dalam acar dikutip dicuci, hendak masuk ke longkang juga.Orang yang bertabiat jahat walaupun diperbaiki, sekali-sekala akan berbuat jahat juga. acar = tempat membuang kotoran; longkang = limbahan; selokan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain basah kering di pinggang.Sangat miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain tak bertepi.Kemiskinan yang amat sangat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain sehelai peminggang habis.Mengalami kerugian atau kecurian. peminggang = lambung perahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678

Kembali ke atas