| Tidak resan kunyit, resan serai. | Tidak ada perhubungan keluarga walaupun dulunya kelihatan sebagai satu keluarga (orang-orang yang berselisih). resan = rasa dengan lidah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pisang masak separak. | Keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Padi setangkai bernas semuanya. | Keluarga yang hidupnya beruntung dan berbahagia. bernas = berisi penuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menghadapkan bedil pulang. | Mencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak. | Keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Degar-degar merapati. | Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ibarat perahu takkan karam sebelah. | Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencukur kepala. | Perbuatan yang memalukan kaum keluarga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Melentur dahan dek meluyut buahnya. | Kesusahan keluarga yang banyak anaknya. meluyut = melentur ke bawah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencabik baju di dada. | Menceritakan aib kaum keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |