Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Rantau jauh diulangi,
     rantau dekat dikendana.

Bermaksud :

Ketua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Duduk dengan cupak dan gantang.Ketua yang adil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rantau jauh diulangi, rantau dekat dikendana.Ketua yang selalu menjagai anak buahnya jauh dan dekat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tuah yang disembah, junjung yang dipanjat.Pemimpin atau ketua yang dikut perintahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan.Mencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat. reda = rela, senang hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membangkit-bangkit batang terendam.Mengadakan sesuatu yang telah lama hilang (seperti mengangkat penghulu, ketua dan sebagainya yang sudah lama tidak ada). (Bandingkan dengan: Membalik-balik mayat di kubur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain.Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah. raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Merasuk seperti polong tak berjinjang.Berkeliaran memperlihatkan kelakuan yang jahat ke mana-mana. merasuk = roh jahat masuk ke dalam tubuh manusia; jinjang = pemimpin atau ketua hantu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas