Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kita (kata nama)
Bersinonim dengan kami, saya, aku, kawan, eden, ese, beta, cek, teman, hamba;,
Kata Terbitan : kekitaan,

Peribahasa

Potong hidung rosak muka.

Bermaksud :

Berbuat kurang baik terhadap kaum keluarga maka kita sendiri akan mendapat malu juga.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menggedangkan anak harimau.Memelihara musuh yang kelak akan merugikan kita sendiri. gedang (gadang) = besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Potong hidung rosak muka.Berbuat kurang baik terhadap kaum keluarga maka kita sendiri akan mendapat malu juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Baji dahan membelah dahan.Orang yang berbuat baik kepada kita dengan harta kita sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerja raja dijunjung, kerja kita (= sendiri) dikelek.Menyambilkan pekerjaan sendiri ketika mengerjakan pekerjaan orang lain. dikelek = dibawa di bawah ketiak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tepuk dada tanya selera.Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Percaya pada anak, buta mata sebelah; percaya pada orang lain buta mata keduanya.Tiap-tiap suatu pekerjaan itu janganlah sangat diharapkan kepada orang lain mengerjakannya, kita sendiri jugalah yang mesti memeriksanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita; baik juga di negeri kita.Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri oang; baik juga di negeri kita).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik juga di negeri kita.Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya.Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri. ayam beroga = ayam hutan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing kepada orang, raja kepada kita.Buruk baik anak sendiri juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas