Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. | Manusia hanya boleh berharap, tetapi Tuhan berkuasa berbuat sesuatu yang dikehendakinya. asa = harapan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Termakan (di)cirit berendang. | Di bawah kuasa isteri. cirit = ampas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai besi dengan penempa. | Orang lemah di bawah kuasa orang kuat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang. | Jangan menyerahkan kuasa kapada orang, nescaya kita dibinasakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki. | Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |