Kusut di hujung, lari (= bawa) ke pangkal. | Pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kusut di hujung dengan pangkal, kerana salah memulai. | Seluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kusut diselesaikan, keruh diperjernih. | Segala perselisihan hendaklah didamaikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih. | Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai getah dibawa ke semak. | Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga. | Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |