Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.kat] | لکت

Definisi : 1. = berlekat, melekat tidak tanggal atau lekang (kerana dipaku, diikat, dll), tidak terlepas, menempel: maka todak pun datang, serta ia melompat ~ jongornya pd batang pisang itu; 2. mudah melekit (spt benda-benda yg bergetah, kanji, dsb); 3. = melekat ki rapat atau karib (persahabatan dll), kekal; 4. = melekat ki tidak berubah-ubah (hala pandangan dll), tetap: jangankan hampir kpd patik, memandang ~ pun ia tiada; 5. = melekat ki terpakai (pakaian dll), terkena; 6. = melekat ki tertarik kpd (hati dll), terpaut pd: hatinya ~ kpd gadis yg berbaju kurung; 7. = melekat terserap dan tidak luput, tersemat (dlm hati, ingatan): masih ~ dlm ingatan kita tentang pernah adanya anggapan sedemikian; kata-kata itu langsung tidak melekat di hatinya; 8. = melekat sah (tuduhan dll), berlaku: tuduhan membunuh yg dimajukan ke atasnya tidak ~ dan beliau dibebaskan; 9. = melekat ki kekal (adat dll), masih terpakai; ~ badi menyerupai sesuatu (rupa anak-anak yg baru lahir dll); ~ perut Tr mengandung, hamil; ~ uri tembuni atau uri tidak keluar (ketika bersalin); melekat lekat; melekati 1. lekat pd, melekit pd; 2. hidup pd (api dll): apabila hujung rokok itu sudah dilekati api, ia pun duduk semula di atas katil; melekatkan 1. menjadikan melekat, menam­palkan: ~ label pd botol ubat; 2. mengenakan (pakaian), memakai: dgn dada berdebar-debar, dia ~ pakaiannya; 3. sl memberi gelaran (pangkat, bintang, dsb): pd hari ini, aku ~ gelar kpd Nakhoda Muda ini Kiai Demang Purwasedana; 4. menanam (modal, wang) dlm perusahaan atau dgn membeli barang-­barang berharga: wangnya dilekatkan pd barang-barang emas; 5. menghalakan pan­dangan (perhatian dll), menetapkan pandangan dll; 6. mengenakan sesuatu (ubat, guna-guna, dll) pd, membubuh; 7. memukulkan (tangan, kayu, dll): kerana marahnya, ia pun ~ tangannya pd budak itu; 8. menaruh (hati), memautkan (hati): ~ hatinya kpd gadis itu; 9. menyalakan, menghidupkan (api): ~ api kpd rumput-rumput kering di belakang rumahnya; terlekat melekat atau lekat pd, telah dilekat­kan: terkejutlah orang melihat gambar teman­-teman lelakinya yg ~ dlm album itu; ~ kersik buluh prb melakukan sesuatu yg sia-sia; lekatan keadaan yg melekat (di antara satu permukaan dgn permukaan yg lain); pelekat 1. sesuatu yg digunakan utk me­lekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yg mempunyai tulisan atau gambar utk menandakan sesuatu, biasanya ditampal­kan atau dilekatkan pd sesuatu permukaan: ~ kereta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.kat] | لکت

Definisi : terasa seakan-akan menempel apabila diraba (spt kanji, gam); lekit. melekat 1 tidak mudah tanggal; tidak lekang; menempel benar-benar: Jongor ikan-ikan todak itu ~ pd batang pisang. 2 mudah melekit (bkn getah cair, kanji dll): Getah ini ~, jangan dipegang. 3 rapat sekali (bkn persahabatan dll); karib. 4 tidak berubah-ubah (pandangan, tempat kediaman dll); tetap: Perhatiannya ~ pd peti televisyen sejak tadi lagi. melekati 1 melekat pd; melekit pd; menempeli. 2 memasang (api) pd: Setelah rokoknya dilekati api, ia pun duduk menonton televisyen. melekatkan 1 menjadikan sesuatu melekat pd; menempelkan: Ia sedang ~ gambar-gambar itu pd dinding. 2 mengenakan pakaian; memakai: Bapanya ~ baju tebal lalu pergi. 3 mengenakan pukulan; memukulkan (tangan, kaki dsb): Kerana terlalu marah, ia ~ tangannya pd anaknya. 4 menanam modal dlm perusahaan atau membeli barang-barang berharga: Wangnya dilekatkannya pd tanah getah. 5 menumpukan atau menghalakan perhatian atau pandangan: Dia ~ pandangannya pd gadis yg berbaju biru. pelekat bahan (spt gam, kanji) yg digunakan utk melekatkan sesuatu; perekat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lekat
Rujuk :lekap

Puisi
 

Cik Minah pergi ke hutan,
     Tuala merah lekat di bahu;
Merah sungguh rambutan,
     Durian juga membawa bau.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Bagai empedu lekat di hati.

Bermaksud :

Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Permata lekat di pangkur.Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai empedu lekat di hati.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tokak lekat di kening.Malu yang tak dapat disembunyikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kemi lekat di ikan.Pasangan kekasih (suami isteri) yang tak dapat dipisahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti gemi berjodoh dengan ikan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai inai dengan kuku.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai empedu lekat di hati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perahu papan bermuat intan.Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Penyapu diikat sutera.Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Perahu papan bermuat intan, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpati dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai lesung dengan antan.Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kuku dengan isi (= daging).Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti sapu diikat dengan benang sutera.Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Permata lekat di pangkur, d. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas