Manikam sudah menjadi sekam. | Tidak berguna lagi; tidak berharga lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek. | Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya. | Memikirkan kembali apa-apa yang telah terkatakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan (= diludahkan) menjadi sekam. | Diam itu lebih baik daripada berkata-kata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak hilang cahaya manikam, oleh jatuh ke limbahan sekalipun. | Orang yang baik-baik itu biar miskin sekalipun, akan kelihatan juga perangai dan kelakuannya yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jauhari juga yang mengenal manikam. | Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tembaga menunjukkan senam, besi menunjukkan karat, keris menunjukkan pamur, manikam menunjukkan cahaya. | Baik orang mahupun barang mempunyai tanda-tanda atau sifat-sifatnya yang menunjukkan baik atau buruknya. pamur = baja putih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |