Masuk ambung tak masuk bilang. | Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk tiga, keluar empat. | Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk sarang harimau. | Termasuk ke dalam bahaya besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk langau ke mulutnya. | Terhairan-hairan, sehingga mulutnya ternganga-nganga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri. | Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. (Bandingkan dengan: Longgar sendat, lapang bertukul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang. | Jika pergi merantau ke negeri asing hendaklah mencari sesuatu yang berguna (harta, ilmu pengetahuan dan sebagainya), jangan membuang-buang waktu dengan percuma. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang. | Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk geronggang bawa pelita. | Kalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk di dalam kawan gajah berdering. | Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. berdering = bunyi genta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk bagai (= sebesar) lubang penjahit, keluar bagai (= sebesar) lubang tabuh. | Besar belanja daripada penghasilan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |