Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Puisi
 

Berburu tidak mengejar pun tidak,
     Hendak masuk ke dalam hutan;
Berguru tidak belajar pun tidak,
     Sesat tak tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Terlepas dari mulut buaya,
     masuk ke mulut harimau.

Bermaksud :

Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Masuk ke dalam kandang kambing mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak.Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Masuk di dalam kawan gajah berdering).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah masuk ke dalam mulut harimau.Tiada dapat ditolong lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk ambung tak masuk bilang.Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Merasuk seperti polong tak berjinjang.Berkeliaran memperlihatkan kelakuan yang jahat ke mana-mana. merasuk = roh jahat masuk ke dalam tubuh manusia; jinjang = pemimpin atau ketua hantu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri.Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan. (Bandingkan dengan: Longgar sendat, lapang bertukul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Longgar sendat, lapang bertukul.Berpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya. (Bandingkan dengan: Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk sarang harimau.Termasuk ke dalam bahaya besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti tebu lepas ke dalam mulut gajah, payah akan keluar.Seseorang yang memperoleh sesuatu yang disukainya maka sukarlah hendak dilepaskannya. (Bandingkan dengan: Tebu masuk di mulut gajah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain dalam acar dikutip dicuci, hendak masuk ke longkang juga.Orang yang bertabiat jahat walaupun diperbaiki, sekali-sekala akan berbuat jahat juga. acar = tempat membuang kotoran; longkang = limbahan; selokan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas