Tinggi disigai, besar ditebang. | Menyesuaikan diri dengan keadaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pendek dihubung, panjang dikerat. | Dapat menyesuaikan sesuatu perkara menurut kemahuan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk di dalam kawan gajah berdering. | Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. berdering = bunyi genta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau di bawah melompat, kalau di atas menyusup. | Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan setempat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh. | Orang yang dapat menyesuaikan dirinya dalam pergaulan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masuk ke dalam kandang kambing mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak. | Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Masuk di dalam kawan gajah berdering). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar. | Orang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. ambung = keranjang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah. | Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |