Tebas buluh serumpun. | Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menebas buluh serumpun (= seperdu). | Merosakkan nama kaum kerabat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hinggap seperti benalu. | Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Koyak baju mahu ukur badan. | Merosakkan sesuatu yang hendak disempurnakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti menendang landak. | Menganiaya orang kecil, yang kemudian merosakkan kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bakal lesung tak dapat dijadikan balok. | Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nasib penyapu, banyak jasa turun darjat. | Terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar mati berkapankan kain cindai, jangan kain kadut. | Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang. | Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan. (Bandingkan dengan: Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |