| Bagai serangkak tertimbakan. | Berjalan miring. serangkak (sirangkak) = ketam kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Macam kepiting jalan. | Orang yang berjalan miring. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengereng-ereng bagai sangkal makan. | Marah yang amat sangat. ereng = miring; sangkal = mata bajak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biar merangkak jangan menjalar. | Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menaikkan bendar sondai. | Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Membandarkan air ke bukit). bendar = serokan, parit (di sawah); sondai = miring, landai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |