Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nyawa (kata nama)
1. Bersinonim dengan roh: jiwa, semangat, hayat, sukma, atma, jana, umur, usia,

2. Bersinonim dengan buah hati: jantung hati, kekasih, juita, yang disayangi,

Kata Terbitan : bersenyawa, mensenyawakan, bernyawa,

Puisi
 

Cendana sarang tempurung,
     Encik Tambun menggulai siput;
Nyawa merat seperti burung,
     Laksana embun di hujung rumput.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Satu nyawa dua badan.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(16)

491

Do right and fear no man

Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran

Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama

I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God.

Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama, dan takut akan Tuhan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(16)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Nyawa bergantung di hujung kuku (= rambut).Dalam keadaan yang sangat berbahaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Satu nyawa dua badan.Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada nyawa ada rezeki.Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama.Tidak takutkan mati jika pada jalan yang benar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang.Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengalangkan batang leher.Menyabung nyawa kerana hendak menolong seseorang. alang = lintang, tahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bekas tertarung lagi terkenang, apa pula hubungan nyawa.Tiada pernah lupa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dua badan senyawa.Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Satu nyawa dua badan, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Setikar seketiduran.Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, f. Selauk senasi, g. Seperti dua senyawa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Selauk senasi.Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas