Putih mata kerana memandang. | Menanggung rindu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata. | Orang yang cepatlah yang selalu mendapat keuntungan yang baik dan orang lambat senantiasa berhampa tangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak. | Perkara yang nyata mudah ketahuan. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap di kayu merasi, bertali benang bertambang tulang; atau Ayam putih terbang siang, bertali benang bertambang tulang, hinggap di kayu meranting). merasi (merarasi) = kayu yang gugur semua daunnnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |