Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[raÖ.yat]/[ra/.yat] | رعيت

Definisi : 1. seluruh penduduk sesebuah negara (sbg syarat mendirikan sesuatu pemerintahan): ~ Malaysia terdiri drpd berbagai-bagai kaum; dewan ~ dewan yg mewakili suara rakyat dlm sistem pemerintahan demokrasi; wakil ~ ahli dewan rakyat; 2. anak buah, orang-orang sebawahan: setahun sekali peng­hulu menjamu ~nya; 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa: padang permainan utk ~; ia keturunan ~, bukan keturunan raja; cerita ~ cerita yg diceritakan utk orang biasa; 4. pasukan perang, bala tentera: maka bagin­da pun berangkat diiringi oleh seluruh ~ lengkap dgn senjatanya; 5. Ph, bp orang asli; ~ jelata (jembel, marhaen, murba) orang kebanyakan (bukan golongan bangsa­wan); merakyat tersebar luas kpd rakyat: budaya ilmu dan tradisi pengajian telah meluas dan ~, lalu dgn itu pecahlah monopoli pujangga istana sbg elit ilmuwan; merakyatkan menyebarluaskan ilmu, amal­an dsb kpd rakyat: ilmu kebudayaan harus dirakyatkan agar ilmu itu tidak menjadi urusan sarjana, kaum elit dan golongan cendekiawan semata-mata; kerakyatan 1. perihal rakyat; 2. demokrasi; 3. ark kewarganegaraan: ~ akan diberikan kpd orang dagang di negeri ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[raÖ.yat]/[ra/.yat] | رعيت

Definisi : 1 seluruh penduduk sesebuah negara: ~ Malaysia. 2 orang kebanyakan; orang biasa: balai ~. 3 pasukan perang; bala tentera: Baginda berangkat diiringi seluruh ~, lengkap dgn senjatanya. ~ jelata rakyat biasa. merakyatkan menyebarkan sesuatu ilmu, amalan (baik) dsb secara meluas kpd seluruh rakyat: Usaha dijalankan utk ~ ilmu kebudayaan dan tatasusila. kerakyatan 1 segala sesuatu mengenai rakyat. 2 kewarganegaraan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakyat (kata nama)
1. Bersinonim dengan warganegara: penduduk, bumiputera, peribumi, anak negeri, anak buah, anak watan, anak bangsa, masyarakat, komuniti, bangsa, kelompok, etnik, puak, kaum, orang, warga, isi negeri,
Berantonim dengan pemerintah

2. Bersinonim dengan pekerja: staf, orang bawahan, anak buah, kuli, orang suruhan,
Berantonim dengan ketua

3. Bersinonim dengan orang kebanyakan: orang biasa, orang ramai, orang awam,

4. Bersinonim dengan bala tentera: pasukan perang

Kata Terbitan : kerakyatan,

Puisi
 

Rakyat datang menaiki lancang,
     Lancang hanyut ke Kuala Linggi;
Adik suka mengikut abang,
     Kalau tak abang siapa lagi?


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.

Bermaksud :

Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Patah kemudi perahu hanyut.Rakyat yang kehilangan pemimpin akan kucar-kacirlah jadinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak kucing menjadi harimau.Orang miskin menjadi kaya, atau rakyat biasa menjabat pangkat tinggi dalam pemerintahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit.Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerbau bertanduk, rotan beronak.Orang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti anak ayam kehilangan induk (= ibu).Kesusahan kerana bercerai dengan sahabat yang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng.Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam.Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. kelintung (kelentong) = genta kayu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas