Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang. | Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Padi rebah, paksa tekukurlah. | Mendapat keuntungan tanpa berusah payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Punggur rebah, belatuk menumpang mati. | Apabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang rebah ditindih. | Yang sudah miskin bertambah miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai punggur rebah. | Jatuhnya orang yang gemuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai nangka masak gugur). punggur = tunggul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dapat tebu rebah. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sokong membawa rebah. | Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: Pagar makan padi [= tanaman]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telunjuk mencocok (= merosok, menikam) mata. | Dikhianati oleh orang kepercayaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Tongkat membawa rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Paksa tekukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka. | Mendapat keuntungan tanpa bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: Padi rebah, paksa tekukurlah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Satu dijentik, sepuluh rebah. | Seorang yang dikata-katai sekalian yang mendengar ikut merasa. (Peribahasa lain yang sama makna: Satu ditetak, sepuluh rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |