Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[run.tuh] | رونتوه

Definisi : 1. jatuh kerana rosak dll (bangunan), roboh: banyak bangunan lama yg ~ akibat angin puting beliung; 2. jatuh sebelum masak dll, gugur; 3. gelongsor atau lungsur (tanah, lereng bukit, dll), rebak: pecahan-pecahan batu itu menggeluncur turun mengikut lereng-lereng gunung dan berkumpul di kaki bukit menjadi kumpulan batu ~; 4. ki rosak atau hancur seluruhnya (kekuasaan, cita-cita, ha­rap­­an, dll), binasa, jahanam: kekuasaan negara-negara penjajah sudah hampir ~ seluruhnya di Asia; orang yg ~ akhlaknya orang yg rosak akhlaknya; langit ~ bumi cair = langit ~ bumi telah terban prb ke-hilangan orang tempat me­numpang hidup; meruntuh 1. (menjadi) runtuh; musim durian ~ musim durian gugur; 2. ark turun atau menyusup (tentera dll); meruntuhkan 1. merosakkan dan men­jatuhkan, merobohkan: sebiji bom atom telah ~ seluruh bandar Hiroshima; 2. menye­babkan gugur (lungsur atau gelongsor): tanah tepi lubang itu diruntuhkan dgn pancutan air; 3. ki menjatuhkan, membinasakan, me­rosakkan (kekuasaan, pertahanan, dll), menghancurkan (cita-cita, iman, dll): kita akan menghancurkan segala kekejaman yg ~ kedaulatan raja kita; ayahnyalah yg ~ seluruh kehidupannya; ~ hati membangkitkan berahi (dll hati); ~ iman a) merosakkan (menghancurkan) iman; b) menggoda orang; runtuhan, reruntuhan benda yg telah runtuh, bekas bangunan dll yg rosak, puing: Kemboja dan Thailand berperang kerana merebutkan ~ sebuah kuil; keruntuhan 1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan: pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana; pangkalan-pangkalan itu sbg pusat ~ maruah orang yg tinggal di situ; 2. tertimpa oleh sesuatu yg runtuh: beberapa orang mati ~ bukit itu; peruntuh ark orang yg meruntuhkan: se­karang dia akan jadi ~ pula, akan me­runtuhkan kemanusiaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[run.tuh] | رونتوه

Definisi : 1 jatuh kerana rosak dll; roboh (bkn bangunan dll): Banyak rumah yg ~ akibat angin puting beliung. 2 jatuh ke bawah; gugur (bkn buah-buahan); melungsur (bkn tanah): Kerana hujan lebat, tanah di lereng bukit itu ~. 3 ki rosak atau hancur sama sekali (bkn cita-cita, harapan dll): Kerajaan empayar Jerman yg ketiga telah ~ dlm tahun 1945. meruntuhkan 1 menjadikan runtuh (bkn bangunan); merobohkan: Bom atom telah ~ kota Hiroshima. 2 menyebabkan gugur atau melungsur: Aliran air yg deras telah ~ tebing sungai itu. 3 ki menjadikan rosak; membinasakan; menghancurkan (kekuasaan dll): Segala usaha mereka hendak ~ ekonomi negara kita telah gagal. runtuhan benda atau sesuatu yg telah runtuh; bangunan dll yg runtuh. keruntuhan 1 keadaan atau hal runtuh; kejatuhan; kerobohan. 2 tertimpa oleh sesuatu yg runtuh. peruntuh yg meruntuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runtuh
1. Bersinonim dengan roboh: ranap, tumbang, rebah, reban, terban, terbis, rahak, rebak, terjelabak,

2. Bersinonim dengan binasa: musnah, jahanam, hancur, ranap, jatuh, terguling,

Kata Terbitan : meruntuhkan, keruntuhan,

Puisi
 

Hijau kuning bunga kenanga,
     Dipatah dahan bagai nak runtuh;
Putih kuning bijaklaksana,
     Itu memberi imanku jatuh.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Mumbang jatuh (= runtuh),
     kelapa jatuh (= runtuh).

Bermaksud :

Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga gugur putik pun gugur).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Langit runtuh, bumi telah terban.Segala harapan sudah musnah. (Peribahasa lain yang sama makna: Langit runtuh, bumi cair). terban = runtuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mumbang jatuh (= runtuh), kelapa jatuh (= runtuh).Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga gugur putik pun gugur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga gugur putik pun gugur.Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Mumbang jatuh [= runtuh], kelapa jatuh [= runtuh]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit runtuh, bumi cair.Segala harapan sudah musnah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dapat durian runtuh.Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali.Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tiada ditambah-tambah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing menyalak bukit, takkan runtuh.Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak keruh laut oleh ikan, tak runtuh gunung oleh kabut.Adat yang mutlak tidak akan berubah oleh faham (fikiran, aturan dan sebagainya) yang baru.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kambing menanduk bukit; tanduk patah bukit tak runtuh.Pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.Bersatu teguh, bercerai runtuh. tak suang-suang = tak mudah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas