Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sah]/[sah] | صح

Definisi : 1. lulus pd sisi undang-undang (adat, hukum, dll), lwn batal (puasa, sembahyang, dll): sudah berkali-kali ia meminta menjadi isteri yg ~; sembahyangnya tidak ~ kerana ia tidak ber-suci; 2. benar, pasti, nyata: jikalau ~ awan mengandung hujan, habislah basah gerangan nenek; khabar yg ~ khabar yg benar; mengesahkan 1. mengakui bahawa sesuatu benar, membenarkan: beliau ~ ia akan ber-ada di Tokyo selama empat hari; pem-buangan kamu telah disahkan oleh ketua pejabat; 2. memastikan, menetapkan: kematian anak dlm kandungan itu dapat disahkan dgn gambar X-ray; 3. mengakui (dokumen, cek, perjanjian dsb) sah dgn menurunkan tanda-tangan dsb: Presiden Mahkamah Syariah boleh ~ saman itu utk disampaikan kpd pihak berkenaan; kesahan perihal sah, sah tidaknya (sesuatu): negara-negara Islam telah menjadikan per-setujuan pihak yg berkahwin sbg syarat ~ sesuatu perkahwinan; ~ perbandingan ini tidak dapat dibuktikan; pengesahan perbuatan atau hal mengesah-kan: ~ tentang kehilangan itu belum disiarkan lagi; pengesah sesuatu (orang dsb) yg mengesah-kan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sah]/[sah] | صح

Definisi : 1 tidak salah dr segi undang-undang dll; dibenarkan atau dilulus­kan oleh undang-undang dll: Resit ini tidak ~ kerana tidak bersetem. 2 sempurna perbuatannya kerana me­nurut hukum atau syarat-syaratnya; tidak batal: Kalau meneguk air dgn sengaja, walaupun seti­tik, tidak ~lah puasanya. 3 tidak salah lagi; benar; nyata: Khabar yg diceritakannya itu memang ~. mengesahkan menjadikan atau mengakui sah; membenarkan: Pihak polis telah ~ penangkapan dua orang tokoh politik itu. pengesahan perbuatan atau hal mengesahkan; pe­nga­kuan sudah sah: Surat ~ pelantikan pegawai itu sudah diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sah (adjektif)
1. Bersinonim dengan dibenarkan: lulus, diterima, halal, boleh, diakui,
Berantonim dengan haram

2. Bersinonim dengan benar: pasti, nyata, sabit, sudah tetap, terang, sahih, tentu, muktamad, cerat, asi, isbat, pentan, sidi, absah,
Berantonim dengan samar-samar

Kata Terbitan : mengesahkan, kesahan, pengesahan,

Peribahasa

Bergantung tidak bertali.

Bermaksud :

Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung sehasta tali).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berjalan dari pintu belakang.Tidak jujur, tidak menurut aturan yang sah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergantung tidak bertali.Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung sehasta tali).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bergantung sehasta tali.Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Digantung tidak bertali.Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bergantung sehasta tali, b. Bergantung tidak bertali).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas