Beruras katang-katang. | Sangat marah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai diurap dengan daun katang-katang, b. Dilumas dengan daun katang-katang). beruras = dilumas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dilumas dengan daun katang-katang. | Sangat marah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai diurap dengan daun katang-katang, b. Beruras katang-katang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai diurap dengan daun katang-katang. | Sangat marah. (Biasa juga: Bak termakan lemang mentah). katang-katang = sebangsa tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ular dikutik ekor. | Marah yang amat sangat; bergerak cepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengereng-ereng bagai sangkal makan. | Marah yang amat sangat. ereng = miring; sangkal = mata bajak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |