Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ke.jap] | سکجڤ

Definisi : sebentar, seketika: ~ lagi baliklah dia; tunggu ~ nanti sebentar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ke.jap] | سکجڤ

Definisi : sekelip mata; tidak lama; sebentar; seketika: ~ lagi dia akan pulang. Dia bermain ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejap1
1. Dalam konteks mata
bersinonim dengan kelip, kedip, kerlip, kenyit, kebil,
(kata kerja:)

2 Bersinonim dengan sebentar
( sekelip, seketika, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekejap, mengejapkan, terkejap-kejap,

Puisi
 

Layang-layang menyambar duri,
     Hinggap sekejap di kayu jati;
Kasih sayang datang ke mari,
     Abang sudah sedia menanti.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mujur sepanjang hari,
     malang sekejap mata.

Bermaksud :

Malang yang tak dapat dielakkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Apung di tengah lautan; dipukul ombak, sekejap ke tengah sekejap ke tepi.Orang dagang yang melarat hidupnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mujur sepanjang hari, malang sekejap mata.Malang yang tak dapat dielakkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas