| Selama air hilir, selama gagak hitam. | Tidak berubah-ubah, tetap selama-lamanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Selama enggang mengeram. | Lama sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Selama hayat dikandung badan. | Selama masih hidup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Selama capung cebok. | Sebentar saja; suatu perbuatan yang lekas sekali selesainya. (Biasa juga: Selama sepatung mandi). capung = sepatung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Muka berpandangan, budi kedapatan, kasih bagai selama juga. | Tiada menghiraukan perbuatan jahat, sikapnya seperti dulu juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. | Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai ilak bercerai dengan benang. | Bercerai untuk selama-lamanya. ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Api nan tak kunjung padam. | Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mana busuk yang tidak berbau? | Tak ada kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari. | Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |