Selera bagai taji, tulang bagai kanji. | Orang yang bodoh dan malas bekerja, tetapi banyak makan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Selera bagai cetus api. | Sangat rakus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan bagai orang patah selera, banyak makan. | Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. patah selera = tak bernafsu makan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan. | Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tepuk dada tanya selera. | Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tua-tua terung asam, makin tua selera makin tajam. | Orang tua yang kemuda-mudaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan. | Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |