| Sebagai garam dengan asam. | Sepadan benar; akan bertemu juga akhirnya, (tentang lelaki dan perempuan yang memang jodohnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai asam dengan garam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai asam dengan garam. | Sepadan benar; akan bertemu juga akhirnya, (tentang lelaki dan perempuan yang memang jodohnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai garam dengan asam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai tanduk bersendi gading. | Tidak sepadan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti bulan dengan matahari. | Sudah sepadan benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti santan dengan tengguli (= gula). | Sangat sesuai; sepadan benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anjing galak, babi berani. | Bertemu lawan yang sepadan; berani sama berani, keras sama keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertemu teras dengan beliung. | Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersua baji dengan matan, b. Bertemu beliung dengan ruyung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertemu beliung dengan ruyung. | Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bersua baji dengan matan. | Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tahan baji oleh kelidai). matan = teras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Diuji sama merah, ditahil (= dikati) sama berat. | Sudah sepadan benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |