| Serupa bulan penuh. | Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai bulan empat belas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai bulan empat belas. | Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Serupa bulan penuh, b. Serupa burak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dilahir serupa tidak, dibatin menggunting angin. | Hidup dalam pura-pura; pada lahirnya tidak suka tetapi batinnya ingin mendapat lebih banyak lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jerat serupa jerami. | Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pelanduk dua serupa. | Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salin [= sesalin] tak tumpah, b. Seperti peluru dua setuangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Serupa burak. | Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bulan empat belas, b. Serupa bulan penuh). burak = sebangsa haiwan ghaib, bertubuh binatang, bersayap seperti burung, berkepala sebagai manusia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti peluru dua setuangan. | Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pelanduk dua serupa, b. Salin [= sesalin] tak tumpah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Salin (= sesalin) tak tumpah. | Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pelanduk dua serupa, b. Seperti peluru dua setuangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tegak seroman-roman, duduk serupa-rupa. | Kelihatannya seperti orang pandai, tetapi tidak senonoh kelakuannya. roman = rupa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti pinang dibelah dua. | Serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Salin [= sesalin] tak tumpah, b. Seperti peluru dua setuangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |